Shakira Dikejarkan ke Hospital Akibat Sakit Perut, Terpaksa Tangguh Konsert Jelajah | Madani News

Shakira Dikejarkan ke Hospital Akibat Sakit Perut, Terpaksa Tangguh Konsert Jelajah

Shakira Dikejarkan ke Hospital Akibat Sakit Perut, Terpaksa Tangguh Konsert Jelajah
Gambar FB Shakira

BINTANG pop antarabangsa, Shakira, dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit perut, menyebabkan dia terpaksa menangguhkan konsert jelajah dunianya di Peru yang sepatutnya berlangsung Ahad dan Isnin ini.

Berita mengejutkan ini diumumkan sendiri oleh Shakira, 48, yang memohon maaf kepada peminatnya menerusi ciapan di aplikasi X.

“Saya minta maaf untuk memaklumkan bahawa malam tadi saya terpaksa ke wad kecemasan kerana mengalami masalah di perut dan kini sedang menerima rawatan di hospital,” katanyanya.

Doktor menasihatkan penyanyi lagu ‘Hips Don’t Lie’ itu supaya berehat dan tidak membuat persembahan sehingga dia benar-benar pulih.

Walaupun berdepan masalah kesihatan, Shakira tetap optimis untuk kembali menghiburkan peminatnya secepat mungkin. Jelajah dunianya, ‘Las Mujeres Ya No Lloran’ baru sahaja dilancarkan pada 11 Februari selepas dia memenangi Anugerah Grammy untuk Album Pop Latin Terbaik.

Para peminat pastinya mendoakan kesembuhan penyanyi kesayangan mereka dan berharap dia kembali bertenaga di pentas tidak lama lagi! – MADANINEWS