artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Maxis mohon maaf susulan kebocoran bil telefon Khairul Aming

Maxis mohon maaf susulan kebocoran bil telefon Khairul Aming

SYARIKAT telekomunikasi, Maxis, memohon maaf susulan kebocoran maklumat akaun usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming yang tular di media sosial, sambil mengesahkan insiden itu berpunca daripada akses tanpa kebenaran dan kini sedang disiasat.

Maxis dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sudah mengenal pasti individu yang dikaitkan dengan insiden berkenaan dan sedang mengambil tindakan segera, termasuk tindakan undang-undang.

Menurut syarikat itu, hasil siasatan awal mendapati kejadian terbabit adalah kes terpencil dan tiada petunjuk menunjukkan pelanggan lain turut terjejas.

“Semua akses kepada akaun pelanggan direkodkan dan dipantau sepenuhnya.

“Hasil siasatan kami menunjukkan bahawa ini adalah insiden terpencil yang membabitkan tindakan tanpa kebenaran. Tiada sebarang petunjuk bahawa insiden ini melibatkan pelanggan lain secara lebih meluas.

“Kami akan menghubungi pelanggan berkenaan mengenai perkara ini dan kekal komited terhadap privasi data serta perlindungan data peribadi,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Khairul, 34, menuntut penjelasan daripada Maxis berhubung dakwaan maklumat bil telefon peribadinya didedahkan kepada pihak lain.

Menerusi hantaran di Threads, Khairul mempersoalkan bagaimana individu terbabit memperoleh maklumat berkaitan akaun serta pelan telefon miliknya sebelum dikongsikan secara terbuka di media sosial.

“Mohon penjelasan daripada Maxis bagaimana bil telefon peribadi saya boleh bocor,” tulisnya.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial memuat naik butiran pelan telefon yang digunakan Khairul, selain mendakwa usahawan itu mempunyai tunggakan bil berjumlah RM498.

Bagaimanapun, Khairul menjelaskan dia sememangnya membuat bayaran lebih awal untuk beberapa bulan akan datang, namun tidak menyedari baki kredit berkenaan sudah berkurangan.

Menurutnya, perkara yang lebih membimbangkan ialah bagaimana maklumat sulit itu boleh diakses pihak lain.

“Saya memang bayar bil lebih awal untuk beberapa bulan ke hadapan dan tidak sedar baki pembayaran sudah berkurangan.

“Tetapi yang menakutkan ialah bagaimana awak boleh tahu maklumat bil Maxis saya sehingga dikongsikan secara terbuka di media sosial? Ini data peribadi saya,” katanya.

Hantaran Khairul itu turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna media sosial yang mempersoalkan tahap keselamatan data pelanggan, selain menggesa siasatan menyeluruh dijalankan sekiranya benar berlaku kebocoran maklumat.

Sehingga petang ini, Khairul masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut susulan maklum balas yang diberikan Maxis. – MADANI NEWS