artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Jamal Abdillah gegar TV2, berganding dengan dua anak bawa mesej keselamatan digital

Jamal Abdillah gegar TV2, berganding dengan dua anak bawa mesej keselamatan digital

KUALA LUMPUR: Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah sekali lagi membuktikan pengaruh dan kredibilitinya dalam dunia hiburan apabila tampil dengan kelainan menerusi program bersiri berkonsepkan muzikal yang bukan sahaja menghiburkan, malah sarat dengan mesej pendidikan berkaitan keselamatan digital.

Menariknya, program berjudul DJA Show: Siri Muzikal ‘Aku Jamal: Suara Emas Digital’ itu turut menyaksikan Jamal bergandingan dengan dua puteranya, Osama Yamani dan Zaki Yamani, sekali gus menampilkan gabungan tiga generasi yang bakal mencuri perhatian penonton.

Berbeza daripada program hiburan biasa, siri 13 episod itu menggabungkan persembahan muzik, penceritaan, perkongsian pengalaman dan tip praktikal berkaitan penggunaan Internet secara selamat dalam kehidupan seharian.

Menurut pihak penganjur, pendekatan berkonsepkan edutainment itu dipilih bagi menyampaikan mesej keselamatan digital dengan cara lebih santai, mudah difahami dan dekat dengan masyarakat pelbagai peringkat umur.

Kemunculan Jamal bersama dua anaknya dijangka menjadi tarikan utama program berkenaan, apatah lagi ketiga-tiga mereka mempunyai kelompok peminat tersendiri yang merentasi generasi.

Program tersebut diterbitkan ketika isu keselamatan digital semakin mendapat perhatian susulan peningkatan kes penipuan dalam talian, ancaman jenayah siber dan penyebaran maklumat palsu yang memberi kesan besar kepada masyarakat.

Golongan wanita dan warga emas antara yang dikenal pasti paling mudah menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian, sekali gus menjadikan usaha meningkatkan kesedaran awam mengenai keselamatan digital semakin penting.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus memperkasakan Kempen Internet Selamat menerusi penghasilan kandungan kreatif yang mampu menarik perhatian orang ramai.

Sepanjang siaran, penonton bakal disajikan dengan pelbagai persembahan menarik daripada Jamal Abdillah dan artis jemputan selain perkongsian mengenai langkah-langkah melindungi data peribadi, mengenal pasti penipuan dalam talian serta penggunaan media sosial secara bertanggungjawab.

Pendekatan unik itu membuktikan hiburan bukan sekadar medium untuk berhibur, malah mampu menjadi platform berkesan dalam menyampaikan mesej yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Pada masa sama, program tersebut turut membuka ruang kepada generasi muda untuk memahami risiko dunia digital yang semakin kompleks dan mencabar.

DJA Show: Siri Muzikal ‘Aku Jamal: Suara Emas Digital’ bakal disiarkan menerusi TV2 terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama 13 minggu berturut-turut bermula Julai ini.

Selain siaran televisyen, kempen berkenaan turut diperluaskan melalui platform digital, promosi media, pengumuman khidmat awam serta kerjasama bersama pempengaruh bagi memastikan mesej penggunaan Internet secara selamat dapat disebarkan secara lebih meluas.

Gabungan nama besar seperti Jamal Abdillah bersama Osama dan Zaki Yamani dijangka menjadikan program itu antara tumpuan penonton sepanjang musim siarannya nanti.