artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Allianz Life seru rakyat tingkat kesedaran, ambil langkah cegah dan kesan kanser lebih awal

Allianz Life seru rakyat tingkat kesedaran, ambil langkah cegah dan kesan kanser lebih awal
Giulio Slavich

KUALA LUMPUR: Kesedaran mengenai kanser payudara perlu disusuli tindakan termasuk menjalani saringan kesihatan secara berkala, mendapatkan nasihat perubatan dan mengamalkan langkah pencegahan.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life), Giulio Slavich, berkata rasa takut, ketidakpastian dan salah tanggapan mengenai penyakit sering menyebabkan seseorang menangguhkan pemeriksaan kesihatan.

Katanya, pengesanan awal boleh memberi perbezaan besar terhadap hasil rawatan, justeru masyarakat perlu lebih proaktif dalam menjaga kesihatan.

“Rasa takut seharusnya tidak menjadi penghalang untuk mendapatkan bantuan. Sama ada ia bermula dengan perbualan, saringan atau konsultasi perubatan, langkah pertama itu boleh membawa perubahan yang besar.

“Kami mahu rakyat Malaysia tahu bahawa sokongan sentiasa tersedia dan mereka tidak perlu melalui perjalanan ini bersendirian,” katanya dalam kenyataan sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Oktober ini.

Menurut Allianz Life, penyakit serius bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan seseorang, malah boleh menjejaskan kesejahteraan emosi, kestabilan keluarga dan keselamatan kewangan.

Sehubungan itu, syarikat berkenaan terus menggalakkan usaha pencegahan, pengesanan awal dan persediaan lebih baik dalam menghadapi cabaran kesihatan.

Bagi menyokong usaha berkenaan, Allianz Life dengan kerjasama Sunway Medical Center Damansara akan menganjurkan program Allianz Pink October dan Movember 2026 pada 24 Oktober ini.

Program berkenaan akan menghimpunkan profesional kesihatan, pakar kesejahteraan dan rakan komuniti bagi meningkatkan pemahaman orang ramai mengenai risiko kanser, langkah pencegahan serta kepentingan saringan kesihatan secara berkala.

Giulio berkata program itu turut memberi ruang kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada pakar serta mengemukakan persoalan berkaitan kesihatan dalam suasana yang lebih selesa.

“Melalui Allianz Pink October dan Movember 2026, kami berharap dapat menyediakan ruang yang selesa dan mesra untuk orang ramai belajar daripada pakar, mengemukakan soalan serta meningkatkan keyakinan mereka untuk mengambil langkah positif demi kesihatan dan masa depan yang lebih baik,” katanya.

Walaupun diadakan bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara, program itu turut memberi tumpuan kepada kesihatan lelaki dan wanita, termasuk kesedaran mengenai kanser payudara, serviks dan prostat.

Peserta akan mendapat penerangan daripada pakar perubatan mengenai faktor risiko, strategi pencegahan dan kepentingan pengesanan awal, selain sesi berkaitan kesejahteraan dan pemakanan bagi menggalakkan gaya hidup lebih sihat.

Program berkenaan turut menyediakan saringan kesihatan percuma merangkumi pemeriksaan tekanan darah, gula, kolesterol dan asid urik serta pemeriksaan payudara untuk wanita.

Allianz Life mempelawa orang ramai menyertai program itu pada 24 Oktober, dari 9.30 pagi hingga 2 petang di ROM 8, Metal Bee, Petaling Jaya, Selangor.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi az.my/pink-blue. – MADANI NEWS