artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

PRN Johor medan anak muda pilih kepimpinan berteraskan masa depan – PM Anwar

PRN Johor medan anak muda pilih kepimpinan berteraskan masa depan – PM Anwar

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru golongan muda supaya menolak politik yang memecahbelahkan rakyat berasaskan kaum, sebaliknya menggunakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai medan memilih kepimpinan yang mampu membela masa depan mereka.

Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata anak muda perlu membuat pilihan berdasarkan keupayaan pemimpin menyelesaikan isu, yang memberikan kesan langsung kepada kehidupan rakyat seperti pendidikan, peluang pekerjaan dan pembangunan negeri, bukannya terpengaruh dengan sentimen perkauman.

“Tapi dibangkitkan (segelintir pemimpin adalah) takutkan Cina, marahkan India, minta orang Melayu dengan Cina bergaduh, untuk apa? Kita bergaduh di bawah, yang atas sakau.

“Saya nak syorkan anak Melayu pun ramai di sini, anak Cina ada, anak India ada. It’s time, we decide. Who? You decide (Inilah masanya kita membuat pilihan. Siapa? Anda yang menentukannya). Bangkit bela nasib kita, jangan ditipu oleh sistem politik yang bobrok dalam negara kita,” kata beliau ketika berucap merasmikan Pelancaran Sukarelawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning, di sini hari ini.

Turut hadir calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram Nazri Abd Rahman dan calon PH bagi kerusi DUN Bukit Naning Md Ysahrudin Kusni.

Perdana Menteri turut menzahirkan rasa kagum terhadap sambutan luar biasa golongan muda yang hadir pada program berkenaan, yang menurut beliau mencerminkan kesedaran generasi muda untuk membawa perubahan.

“Saya kagum semangat ini. Saya dah kempen lebih daripada 10 tahun tapi hari ini luar biasa. Ini sejarah yang kita lakar. Kesedaran yang meluas anak-anak muda. 

“Jadi, saya seru anak-anak jelajah tiap kampung dan lorong dan daerah, beri mesej yang jelas kesedaran bahawa kita mampu lakukan perubahan. Agenda perubahan, perubahan sedaya upaya kita mesti kita laksanakan. Guna masa ini dengan sebaiknya,” kata beliau.

PRN Johor menyaksikan sebanyak 172 calon bertanding di 56 kerusi DUN dengan hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai, manakala pengundian awal pada 7 Julai.  – BERNAMA