Andalusia lancar Kempen 7.7, tawar diskaun istimewa Pakej Umrah dan Pelancongan 2026
KUALA LUMPUR: Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) melancarkan Kempen Andalusia 7.7 dengan menawarkan pelbagai diskaun menarik bagi pakej Umrah 1448H dan pakej pelancongan 2026, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai merancang perjalanan ibadah dan percutian pada harga lebih berbaloi.
Kempen yang berlangsung selama tujuh hari bermula 1 hingga 7 Julai itu terbuka kepada semua pelanggan, dengan pelbagai tawaran eksklusif yang direka khas untuk membantu bakal jemaah umrah dan pelancong menikmati penjimatan menarik, tertakluk kepada syarat dan terma yang ditetapkan.
Bagi memastikan setiap transaksi direkodkan secara telus dan mudah dijejaki, semua pendaftaran yang layak diwajibkan menggunakan kod kupon rasmi 77ATTSB2026 dalam sistem ATOMS. Sebarang tempahan yang menggunakan kod lain atau dibuat di luar tempoh kempen tidak akan menikmati potongan harga yang ditawarkan.
Pelanggan boleh membuat tempahan dengan mudah sama ada secara dalam talian menerusi WhatsApp, hadir ke ibu pejabat Andalusia, mengunjungi mana-mana daripada 72 cawangan di seluruh negara atau berurusan dengan pegawai pemasaran rasmi syarikat.
Bagi pakej Umrah 1448H, tidak termasuk pakej musim cuti sekolah, Andalusia menawarkan diskaun berkumpulan sebanyak RM1,000 bagi setiap kumpulan tujuh orang dewasa yang mendaftar dalam satu resit dan menjelaskan bayaran deposit sepanjang tempoh kempen.
Selain itu, pelanggan yang memilih beberapa pakej Umrah terpilih turut menikmati potongan RM77 seorang, namun tawaran tersebut tidak melibatkan pendaftaran bayi.
Bagi keluarga yang membawa anak-anak, Andalusia turut menawarkan penjimatan tambahan dengan diskaun RM500 untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun, manakala kanak-kanak bawah tujuh tahun tanpa katil layak menerima potongan RM400, tertakluk kepada ruang diskaun yang diperuntukkan.
Bagaimanapun, pihak pengurusan memaklumkan bahawa diskaun di bawah Kempen Andalusia 7.7 tidak boleh digabungkan dengan mana-mana promosi lain seperti Tawaran 25+1 atau diskaun RM200 bagi pendaftaran 10 orang. Potongan khas untuk pakej cuti sekolah juga tidak ditawarkan, melainkan diumumkan secara rasmi oleh syarikat.
Bukan itu sahaja, pelanggan yang merancang percutian pada tahun hadapan turut berpeluang menikmati potongan RM77 seorang bagi semua pakej pelancongan berkumpulan ke luar negara untuk tempoh perjalanan Julai hingga November 2026, selain pakej berkumpulan dalam negara, pakej houseboat Tasik Kenyir, pakej ground tanpa tiket penerbangan dan pakej cruise blok kabin bagi tarikh-tarikh terpilih.
Turut mengambil bahagian dalam kempen itu ialah Hotel Grand Lexis, yang menawarkan potongan RM77 bagi setiap malam atau setiap unit untuk tempahan yang dibuat sebelum 30 Ogos 2026, sekali gus memberi nilai tambah kepada pelanggan yang ingin menikmati percutian domestik.
Menurut Andalusia, bagi melayakkan pelanggan menikmati semua tawaran tersebut, bayaran deposit minimum sebanyak RM300 seorang perlu dijelaskan sepanjang tempoh kempen sebagai syarat pengesahan tempahan.
Katanya, sebarang tempahan tanpa deposit, pembayaran yang tidak lengkap, bayaran yang dibuat selepas kempen berakhir atau transaksi yang gagal disahkan tidak akan layak menerima diskaun yang ditawarkan.
Sehubungan itu, orang ramai disaran menyemak dengan teliti semua terma dan syarat kempen serta memastikan kod kupon rasmi 77ATTSB2026 digunakan ketika membuat tempahan agar tidak terlepas peluang menikmati pelbagai penjimatan eksklusif yang ditawarkan menerusi Kempen Andalusia 7.7. – MADANI NEWS
