artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Calon tunggal PSM angkat agenda kos sara hidup rakyat

Calon tunggal PSM angkat agenda kos sara hidup rakyat
Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Amir Syafiq Ameer Soekre

JOHOR BAHRU — Bermula sebagai aktivis sejak usia remaja, calon tunggal Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 Amir Syafiq Ameer Soekre tekad memperjuangkan isu kos sara hidup, gaji bermaruah dan kesejahteraan penduduk.

Beliau yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai berkata pengalaman mendampingi masyarakat melalui kerja akar umbi memberinya pemahaman yang lebih dekat terhadap cabaran harian yang dihadapi penduduk di kawasan berkenaan.

“Ramai penduduk di Skudai kebanyakannya bekerja di Singapura. Ini bagi kita adalah satu isu yang perlu kita ketengahkan kerana itu menandakan kos sara hidup tidak dapat ditampung oleh rakyat.

“Jadi mereka terpaksa bangun seawal 3 atau 4 pagi untuk ke Singapura bekerja. Itu tandanya rakyat perlukan pendapatan yang mencukupi untuk menyara kehidupan dan keluarga dan itulah antara perkara yang kita perjuangkan,” katanya yang juga merupakan Setiausaha PSM kepada Bernama.

Amir Syafiq, 40, yang berkhidmat sebagai Eksekutif Jualan di sebuah syarikat swasta, penglibatannya bersama PSM bermula sejak remaja apabila menyertai pelbagai aktiviti aktivisme sebelum menjadi ahli parti dan terlibat secara aktif membantu pekerja, peneroka serta golongan yang memerlukan.

Beliau berkata pencalonannya pada PRN Johor merupakan kesinambungan kepada usaha yang selama ini dilakukan di peringkat akar umbi, selain peluang memperluaskan lagi perjuangan membela rakyat melalui platform pilihan raya.

Berkelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan Antarabangsa daripada Teesside University, United Kingdom, calon pertama kali itu melihat isu kos sara hidup, peluang memperoleh pendapatan yang lebih baik dan kemudahan awam berkualiti sebagai antara keutamaan yang perlu diberikan perhatian di Skudai.

Amir Syafiq berkata visinya turut diterjemahkan menerusi slogan ‘Skudai Saksama’ yang menekankan kesaksamaan sosial melalui keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta limpahan ekonomi yang sekata supaya setiap rakyat berpeluang menikmati kehidupan yang lebih sejahtera.

Mengulas persaingan empat penjuru di DUN Skudai, beliau berkata setiap calon mempunyai kekuatan tersendiri, namun percaya pendekatan berasaskan kerja akar umbi dan isu rakyat mampu memberi keyakinan kepada pengundi.

Pada PRN Johor, Amir Syafiq akan bersaing dengan calon Barisan Nasional Tan Hiang Kee, calon Pakatan Harapan Kartiyaini Jeyapalan serta calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) Eugene Chua Meng Chong.

PRN Johor menyaksikan sebanyak 172 calon bertanding merebut 56 kerusi DUN dengan hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai manakala pengundian awal pada 7 Julai.

— BERNAMA