artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Anwar turun padang bantu kempen, calon PH Ampangan dapat suntikan semangat

Anwar turun padang bantu kempen, calon PH Ampangan dapat suntikan semangat

KEMPEN calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Muhammad Nazri Kassim, mendapat suntikan semangat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turun padang bertemu penduduk di kawasan itu hari ini.

Kehadiran Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan pada program Santai Petang Bersama Warga Ampangan sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 nyata menarik perhatian penduduk yang memenuhi Medan Selera Ampangan.

Muhammad Nazri Kassim

Presiden PKR itu disambut Muhammad Nazri sebaik tiba sebelum kedua-duanya meluangkan masa minum petang, beramah mesra dengan orang ramai serta mendengar sendiri pandangan dan harapan penduduk setempat.

Dalam ucapannya, Anwar menyeru rakyat Negeri Sembilan supaya terus memberikan mandat kepada Pakatan Harapan bagi memastikan kestabilan politik negeri sekali gus membolehkan pentadbiran negeri bergerak seiring dengan Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, telah membuktikan prestasi pentadbiran yang baik dan rakyat perlu membuat pilihan tepat demi memastikan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan.

“Saya nak mohon kerjasama kawan-kawan supaya politik kita stabil, negeri kuat, satu hala dan satu tujuan. Elakkan penyelewengan serta sentiasa jaga kepentingan rakyat.

“Buat pilihan yang baik dan bawa mesej Harapan supaya pentadbiran negeri dapat terus selari dengan Kerajaan Persekutuan. Kita mahu lakukan yang terbaik untuk rakyat,” katanya.

Anwar berkata, Kerajaan Persekutuan komited meningkatkan kesejahteraan rakyat, namun mengakui masih terdapat beberapa aspek yang perlu diperkasakan bagi menambah baik mutu penyampaian perkhidmatan.

Menurut beliau, kerajaan sentiasa terbuka menerima teguran yang membina demi memperkukuh tadbir urus serta memastikan setiap dasar yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau turut menegaskan kerajaan negeri mengamalkan tadbir urus yang telus dalam melaksanakan projek pembangunan, termasuk memastikan hasil daripada projek tertentu dikembalikan kepada kerajaan untuk dimanfaatkan semula kepada rakyat.

Sebagai contoh, katanya, projek mendalamkan beberapa sungai di sekitar Ampangan kini dilaksanakan menerusi pendekatan baharu apabila hasil jualan pasir tidak lagi dinikmati kontraktor semata-mata, sebaliknya dipulangkan kepada kerajaan negeri bagi membiayai kerja-kerja tersebut.

“Kalau dulu kontraktor korek pasir, dia ambil dan jual untuk keuntungan sendiri. Sekarang kita minta mereka korek pasir, tetapi hasilnya dipulangkan kepada kerajaan untuk manfaat rakyat. Itu bezanya.

“Rakyat marah kepada amalan penyelewengan. Berbilion ringgit wang negara diselewengkan, tetapi masih ada yang mempertikaikan perkara itu,” katanya.

Mengakhiri ucapannya, Anwar mengingatkan pengundi supaya membuat pertimbangan sebaik mungkin dalam memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada PRN kali ini kerana keputusan yang dibuat akan menentukan hala tuju pembangunan negeri serta kebajikan rakyat untuk tempoh lima tahun akan datang. – MADANI NEWS