artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Nur Hafiz tidak gentar lawan Onn Hafiz

Nur Hafiz tidak gentar lawan Onn Hafiz

KLUANG – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Nur Hafiz Roslan menyatakan tidak gentar untuk berhadapan dengan penyandang kerusi tersebut yang juga Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Beliau yang mempunyai pengalaman selama 18 tahun dalam bidang guaman berkata status kawasan itu yang sering dilabel sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) tidak menghalangnya untuk menawarkan khidmat terbaik demi kemakmuran rakyat setempat.

“Sejarah membuktikan tiada apa yang mustahil dalam politik. Mantan Menteri Besar Johor seperti Tan Sri Abdul Ghani Othman dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga pernah tewas sebelum ini.

“Mungkin selepas ini, Nur Hafiz pula yang akan menewaskan Datuk Onn Hafiz. Apa pun, kami akan persembah dan tawarkan yang terbaik untuk pengundi,” katanya dalam satu temu bual bersama Bernama di Bilik Gerakan Utama PH DUN N26 Machap, di Simpang Renggam di sini hari ini.

Nur Hafiz berkata jentera PH berada dalam keadaan paling stabil, tersusun dan bebas daripada sebarang pertembungan dalaman sejak dari peringkat awal proses penamaan calon.

Mengenai landskap politik semasa, beliau menegaskan komitmen untuk menolak budaya politik persepsi, momokan serta eksploitasi sentimen 3R (raja, agama dan kaum) yang disifatkannya sebagai pendekatan lapuk yang tidak sepatutnya wujud lagi pada 2026.

“Sampai bila kita hendak dimomokkan dengan ketakutan antara bangsa Melayu, Cina, dan India? Fokus saya ialah membawa politik matang yang lebih ke hadapan berkenaan dengan polisi serta penyelesaian isu-isu domestik masyarakat,” katanya.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk bertindak sebagai “jambatan” yang efektif antara kerajaan negeri dan Persekutuan bagi memastikan setiap permasalahan rakyat di DUN Machap dapat disuarakan dengan adil tanpa mengira latar belakang kaum.

Saingan di DUN Machap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Nur Hafiz dengan calon BN Onn Hafiz.

PRN Johor akan berlangsung 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai.

— BERNAMA