artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Kerajaan sedia bentang RUU pisah peguam negara, pendakwa raya

Kerajaan sedia bentang RUU pisah peguam negara, pendakwa raya

PETALING JAYA: Kerajaan sedia membentangkan rang undang-undang (RUU) bagi memisahkan fungsi peguam negara dan pendakwa raya untuk dibahas serta diluluskan pada sidang Parlimen semasa.

Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata Jemaah Menteri komited melaksanakan reformasi itu selepas mengambil kira hasil sesi libat urus dan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

“Persoalannya, adakah pihak pembangkang akan menyokong bagi melengkapkan majoriti lebih dua pertiga yang diperlukan memandangkan ini satu ‘reform’ dan usaha penambahbaikan yang baik untuk demokrasi negara serta menangani isu dibangkitkan ahli Dewan Rakyat selama ini,” katanya dalam sidang media mingguan usai mesyuarat Jemaah Menteri.

Mengulas kebimbangan kemungkinan Ahli Parlimen kerajaan tidak hadir ketika pengundian, Fahmi berkata kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan kekal utuh dan terus mendapat sokongan semua parti komponen, lapor FMT.

Beliau yang juga menteri komunikasi berkata, draf RUU itu juga sudah dipinda dengan mengambil kira pandangan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

“Ini membuktikan kerajaan mendengar dan membawa perubahan yang diminta ahli Dewan Rakyat tanpa mengira parti.

“Ahli Parlimen perlu meletakkan kepentingan negara, demokrasi dan Parlimen mengatasi permainan politik kerana ini tiada kaitan dengan politik, sebaliknya demi masa depan negara,” katanya.

Fahmi berkata, pemisahan kuasa bukan sahaja memisahkan peranan peguam negara dan pendakwa raya, malah menjamin institusi pendakwaan bebas campur tangan eksekutif.

Beliau turut mengingatkan kehadiran serta keputusan undian setiap Ahli Parlimen akan direkodkan dan mereka yang tidak hadir perlu menjelaskan tindakan itu kepada pengundi serta rakyat.

Mesyuarat khas teliti isu pekerja asing

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut meneliti isu pekerja asing, termasuk membabitkan sektor makanan dan minuman (F&B).

Katanya, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet akan diadakan seawal minggu depan dan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi bagi memastikan isu berkenaan dapat diurus serta diselesaikan.

“Bagi sektor-sektor yang sedang membincangkan isu khususnya pekerja asing, kita nantikan mesyuarat yang akan dipengerusikan timbalan perdana menteri,” katanya. – AGENSI