artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
SAA Engineering & Marine, SAAEM Sabah jalin kerjasama perkukuh industri minyak dan gas Sabah | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

SAA Engineering & Marine, SAAEM Sabah jalin kerjasama perkukuh industri minyak dan gas Sabah

SAA Engineering & Marine, SAAEM Sabah jalin kerjasama perkukuh industri minyak dan gas Sabah
Majlis menandatangani MoU antara SAAEM Sabah Sdn Bhd dan SAA Engineering & Marine Sdn Bhd di Kota Kinabalu, Sabah, semalam

SAA Engineering & Marine Sdn. Bhd. dan SAAEM Sabah Sdn. Bhd. memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai langkah strategik memperkukuhkan kerjasama dalam industri minyak dan gas di Sabah selaras dengan agenda pembangunan ekonomi negeri serta pemerkasaan Bumiputera Sabah.

Majlis menandatangani MoU itu menjadi simbol komitmen kedua-dua pihak dalam membina ekosistem industri yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing menerusi penglibatan lebih besar syarikat tempatan, pembangunan modal insan serta peningkatan penyertaan usahawan Bumiputera Sabah dalam rantaian nilai industri minyak dan gas.

Nasaruddin Salim, Managing, Pengarah SAAEM Sabah Sdn Bhd

Melalui kerjasama strategik tersebut, kedua-dua syarikat dijangka membuka peluang kolaborasi lebih luas dalam pelaksanaan projek berkaitan minyak dan gas termasuk pembinaan keupayaan teknikal, pembangunan tenaga kerja mahir, latihan industri, pemindahan teknologi serta pengukuhan jaringan vendor dan kontraktor tempatan di Sabah.

Penubuhan SAAEM Sabah Sdn. Bhd. dilihat sebagai inisiatif tepat pada masanya dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi Sabah yang memberi penekanan kepada penglibatan lebih besar rakyat tempatan dalam sektor strategik bernilai tinggi.

Langkah itu juga selari dengan dasar kerajaan negeri Sabah yang mengutamakan pembangunan ekonomi berasaskan sumber negeri, penyediaan peluang pekerjaan berkualiti serta peningkatan penyertaan Bumiputera dalam sektor tenaga.

Sabah mempunyai potensi besar dalam sektor tenaga dan petroleum memandangkan negeri itu merupakan antara pengeluar utama minyak dan gas negara. Namun, masih terdapat keperluan untuk memperluaskan penglibatan syarikat tempatan dan tenaga kerja Sabah supaya manfaat ekonomi daripada industri berkenaan dapat dinikmati secara lebih menyeluruh oleh rakyat negeri itu.

Dalam pada itu, SAAEM Sabah Sdn. Bhd. turut komited membantu memperkasakan syarikat Bumiputera Sabah melalui peluang penyertaan dalam projek industri, pembangunan vendor, kerjasama teknikal dan latihan kemahiran bagi meningkatkan daya saing syarikat tempatan hingga ke peringkat nasional dan antarabangsa.

Kerjasama tersebut juga diyakini mampu menyumbang kepada penciptaan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, peningkatan aktiviti ekonomi hiliran, pemerkasaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan serta pertumbuhan industri sokongan berkaitan minyak dan gas di Sabah.

Majlis sama turut menyaksikan sesi penyerahan Letter of Intent (LOI) antara SAAEM Sabah Sdn. Bhd. dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) sebagai langkah awal ke arah kerjasama strategik yang lebih menyeluruh dalam memperkukuhkan jaringan perniagaan, memperluaskan peluang perdagangan serta meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera Sabah dalam sektor ekonomi strategik.

Kerjasama bersama DPMM Sabah itu dijangka menjadi platform penting dalam menghubungkan pemain industri, usahawan tempatan, institusi latihan dan pelabur strategik bagi mewujudkan ekosistem ekonomi yang lebih progresif dan berimpak tinggi kepada pembangunan negeri Sabah.

Kedua-dua pihak optimis kerjasama tersebut akan menjadi pemangkin kepada pembangunan industri minyak dan gas Sabah yang lebih mampan selain memperkukuhkan ekonomi negeri serta memperluaskan penglibatan syarikat tempatan dan Bumiputera Sabah dalam sektor strategik negara selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya dan agenda pembangunan ekonomi nasional. – MADANI NEWS