artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Selepas insiden di Kuching, adakah 7 pemain Selangor tarik diri sertai Harimau Malaya?

Selepas insiden di Kuching, adakah 7 pemain Selangor tarik diri sertai Harimau Malaya?
SELEPAS JDT, adakah Selangor menjadi pasukan kedua menarik diri dari menyertai skuad Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan dengan China tidak lama lagi?

PERSIAPAN Harimau Malaya menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa di China dilihat berdepan perkembangan mengejutkan apabila sebuah kelab gergasi Liga Super dikatakan mengambil keputusan menarik keluar kesemua pemainnya daripada menyertai kem latihan skuad kebangsaan.

Lebih menarik, tindakan yang dikatakan dibuat pada saat akhir itu membabitkan sekurang-kurangnya tujuh pemain, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada mereka adalah pemain daripada Selangor FC yang sebelum ini menyaksikan tujuh wakilnya disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya.

Jika dakwaan itu benar, ia pastinya menjadi tamparan buat pengendali sementara negara, Tan Cheng Hoe yang kini perlu memikirkan pilihan lain bagi mengisi kekosongan ditinggalkan pemain berkenaan.

Persoalannya, adakah Selangor FC kelab yang dimaksudkan memandangkan tujuh pemainnya iaitu Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Quentin Cheng, Harith Haiqal Adam Afkar, Ahmad Zikri Khalili, Nooa Laine, Syahir Bashah dan A. Selvan berada dalam senarai 24 pemain yang diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini?

Spekulasi itu turut mengundang perhatian susulan insiden panas yang berlaku ketika aksi separuh akhir Piala FA antara Selangor dan Kuching City di Stadium Taha Ariffin, Kuching, malam tadi.

Perlawanan yang berakhir dengan kekecohan membabitkan pemain serta pegawai kedua-dua pasukan itu turut menyaksikan kem Selangor menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap beberapa keputusan pengadil, termasuk tindakan melayangkan kad merah kepada pemain dan pegawai pasukan berkenaan.

Malah, pengendali Selangor, Kim Pan Gon dilaporkan meminta MFL menyiasat insiden berkenaan selepas mendakwa pemain Kuching City, Nazmi Faiz Mansor bertindak menghampiri kawasan bangku simpanan pasukannya sehingga mencetuskan kekecohan.

Situasi itu sekali gus menimbulkan persoalan sama ada perkembangan terbaharu membabitkan tujuh pemain yang dikatakan menarik diri itu mempunyai kaitan dengan ketegangan yang tercetus dalam perlawanan berkenaan, atau sebenarnya berpunca daripada pertimbangan lain pihak kelab.

Tiada pengesahan

Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan bahawa Selangor FC adalah kelab yang dimaksudkan, begitu juga alasan sebenar di sebalik dakwaan penarikan pemain berkenaan.

Menurut sumber yang mengetahui perkembangan itu, keputusan kelab terbabit dipercayai membabitkan semua pemainnya yang sepatutnya menyertai kem latihan Harimau Malaya, namun punca sebenar tindakan itu belum dimaklumkan secara terperinci.

“Dimaklumkan semua pemain kelab terbabit kemungkinan besar tidak akan menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya dan punca penarikan semua pemain itu tidak diberitahu secara terperinci.

“Setakat ini, keputusan kelab terbabit adalah muktamad sekali gus menyebabkan Cheng Hoe perlu mencari pengganti segera dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

Harimau Malaya dijadual berdepan China pada 14 November sebelum menguji Yaman tiga hari kemudian, dengan kedua-dua perlawanan berlangsung di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong.

Skuad negara dijadual melapor diri untuk kem latihan pusat hari ini sebelum berlepas ke China esok.

Sebelum ini, tiada pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) disenaraikan dalam skuad 24 pemain yang diumumkan FAM bagi menghadapi dua aksi berkenaan berikutan jadual padat kelab itu sepanjang November.

Daripada 24 pemain yang dipanggil, 11 daripadanya adalah anggota skuad yang membantu Malaysia meraih tempat ketiga Piala ASEAN FIFA 2026 di Indonesia, manakala 15 pemain turut disenaraikan sebagai pemain bersedia sekiranya berlaku perubahan.

BH Sukan sudah berusaha mendapatkan penjelasan daripada pengurusan tertinggi FAM berhubung dakwaan penarikan pemain berkenaan, namun belum menerima sebarang maklum balas setakat ini. – MADANI NEWS