artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Istana Pahang kecewa kerajaan Pusat tak lulus eksport pasir sungai | Madani News

Istana Pahang kecewa kerajaan Pusat tak lulus eksport pasir sungai

Istana Pahang kecewa kerajaan Pusat tak lulus eksport pasir sungai

TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan rasa prihatin terhadap keadilan undang-undang Persekutuan yang tidak berpihak kepada negeri Pahang.

Baginda bertitah, Pahang adalah antara empat negeri terawal membentuk negeri-negeri Melayu Bersekutu.

“Hasil negeri-negeri Bersekutu itu disatukan sebelum dikembalikan kepada negeri-negeri itu dan negeri-negeri Bersekutu ini jugalah menjadi asas kepada pembentukan Malaysia.

“Saya begitu kecewa apabila Kerajaan Pusat tidak meluluskan usaha kerajaan Pahang untuk menambahkan hasil negeri seperti eksport pasir sungai.

“Memandangkan Pahang memiliki sungai terpanjang di Semenanjung, banyak mendapan pasir perlu dikeluarkan bagi kelancaran aliran air sungai dan mengelakkan banjir.

“Sebelum ini kita boleh menambah hasil negeri berpuluh-puluh juta dengan eksport pasir ke negara lain, tapi malangnya kerajaan Pusat tidak lagi membenarkannya sedangkan hasil tanah dan pasir ini hak Pahang,” titahnya, memetik laporan Malaysiakini.

Tengku Hassanal bertitah demikian semasa Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Baginda turut mengingatkan kerajaan Persekutuan mengenai pengorbanan besar negeri Pahang dalam mengekalkan kawasan hutan simpan yang luas bagi menstabilkan ekosistem dan biodiversiti di semenanjung.

Titahnya, pengorbanan negeri Pahang tidak boleh sama sekali diukur dengan sumbangan cukai kepada kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan Pusat seharusnya tidak menafikan pengorbanan negeri Pahang dan lebih mengutamakan negeri ini yang juga negeri terbesar di Semenanjung,” titahnya.

Tengku Hassanal juga memohon Penasihat Undang-Undang negeri mengkaji dan meneliti perkara ini dan melihat apa tindakan boleh diambil ke atas kerajaan Pusat.

Sementara itu, baginda turut meminta agar kerajaan Pahang diberikan kuasa dan ruang yang lebih dalam melaksanakan sesuatu projek, termasuk pelantikan kontraktor diberi keutamaan kepada kontraktor anak tempatan.

“Memang benar pelantikan kontraktor G7 (tiada had nilai projek) boleh dibuat kepada mana-mana kontraktor dari seluruh negara, tetapi saya mahu keutamaan diberikan kepada syarikat dari negeri Pahang,” titahnya lagi.

Baginda turut menyentuh mengenai pilihan raya umum (PRU) akan datang dengan menasihati semua pihak supaya mengamalkan politik matang.

Titahnya, semua pihak – sama ada kerajaan atau pembangkang – tidak memainkan isu yang boleh menggugat perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Pembangkang perlu berperanan sebagai semak dan imbang secara konstruktif, manakala pihak kerajaan pula hendaklah memastikan kebajikan rakyat terpelihara tanpa ada yang tercicir.

“Saya mahu isu-isu 3R ini dihentikan, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam setiap tindakan serta menjunjung tinggi nilai hormat, toleransi dan undang-undang,” titahnya.