artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Insiden Nazmi ‘serang’ Pan Gon: MFL tunggu laporan sebelum rujuk FAM

Insiden Nazmi ‘serang’ Pan Gon: MFL tunggu laporan sebelum rujuk FAM
DALAM video yang tular, Nazmi kelihatan berlari ke arah Pan Gon yang berada di bangku simpanan Gergasi Merah selepas jaringan sendiri Mukhairi sebelum berlaku kekecohan pegawai dan pemain kedua-dua pasukan.

KUALA LUMPUR: Insiden kekecohan membabitkan pemain dan pegawai Kuching City serta Selangor pada penghujung aksi separuh akhir Piala FA, malam tadi, kini dalam perhatian Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang sedang mengumpulkan semua laporan sebelum dirujuk kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd berkata, pihaknya sedang mendapatkan laporan lengkap daripada semua pegawai yang bertugas pada perlawanan di Stadium Taha Ariffin, Kuching itu.

Menurutnya, laporan berkenaan membabitkan komisioner perlawanan, penyelaras perlawanan, kumpulan pengadil serta penilai pengadil sebelum diserahkan kepada bahagian perundangan FAM untuk tindakan lanjut.

“Bagi pihak MFL, kami sekarang ini sedang dalam proses mengumpulkan semua laporan daripada komisioner perlawanan, koordinator perlawanan, kumpulan pengadil dan penilai pengadil.

“Selepas semua dokumen diperoleh dan lengkap, kami akan mengemukakannya kepada bahagian perundangan FAM kerana perkara itu di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Tatatertib FAM.

“Seterusnya, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan untuk penilaian dan keputusan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kekecohan itu tercetus pada penghujung masa tambahan selepas Kuching City memperoleh jaringan kedua menerusi gol sendiri pemain Selangor, Mukhairi Ajmal Mahadi.

Situasi menjadi tegang apabila pemain tengah Kuching City, Nazmi Faiz Mansor didakwa berlari ke arah kawasan bangku simpanan Selangor sebelum berlaku pertikaman lidah dan kekecohan membabitkan pemain serta pegawai kedua-dua pasukan.

Pengendali Selangor, Kim Pan Gon sebelum ini dilaporkan meminta MFL menyiasat insiden berkenaan dengan mendakwa Nazmi menyerang kem Selangor, termasuk menghampiri kawasan beliau berada di bangku simpanan.

Jurulatih dari Korea Selatan itu turut mempersoalkan keputusan pengadil melayangkan kad merah kepada pemain dan pegawai pasukannya yang menurutnya hanya bertindak menghalang individu terbabit daripada menghampirinya.

Dalam pada itu, Mohd Shazli berkata, isu mutu pengadilan yang turut dipersoalkan penyokong juga berada di bawah bidang kuasa FAM.

Justeru, katanya, Selangor boleh mengemukakan bantahan atau aduan rasmi kepada badan induk bola sepak negara itu sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan serta mutu pengadilan sepanjang perlawanan berkenaan. – MADANI NEWS