artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Umrah serendah RM5,990! Andalusia tawar pakej 9 hari sempena Kempen 7.7 Deals

Umrah serendah RM5,990! Andalusia tawar pakej 9 hari sempena Kempen 7.7 Deals

SEPANG: Orang ramai yang berhasrat menunaikan ibadah umrah tetapi berdepan kekangan cuti kini mempunyai pilihan lebih fleksibel apabila Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) memperkenalkan pakej umrah 9 hari 7 malam pada harga serendah RM5,990 sempena kempen Andalusia 7.7 Deals.

Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris, berkata pakej berkenaan direka khusus untuk golongan bekerja yang sukar mendapatkan cuti panjang, namun tetap ingin menunaikan ibadah di Tanah Suci dengan selesa.

Menurut beliau, walaupun tempoh perjalanan lebih singkat, jemaah masih menikmati penerbangan bersama Malaysia Airlines, selain penginapan selama empat malam di Makkah dan tiga malam di Madinah di hotel kategori jarak sederhana.

“Dengan harga ini, saya rasa ia amat berbaloi untuk mereka yang tidak dapat mengambil cuti panjang tetapi masih selesa menunaikan umrah dalam tempoh yang singkat,” katanya selepas majlis pelepasan 91 jemaah umrah ke Tanah Suci di sini, malam tadi, lapor Bebas News.

Beliau berkata, pakej tersebut merupakan antara inisiatif Andalusia untuk merancakkan lagi permintaan sempena musim umrah baharu yang bermula pada bulan Muharam, di samping menawarkan lebih banyak pilihan mengikut keperluan dan kemampuan bakal jemaah.

Menurutnya, sambutan terhadap musim umrah baharu juga amat memberangsangkan apabila seramai 29,000 jemaah telah membuat pendaftaran setakat ini, manakala musim lalu mencatat hampir 66,000 jemaah, sekali gus melepasi sasaran yang ditetapkan syarikat.

Katanya, peningkatan itu didorong oleh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menunaikan ibadah umrah, selain kepelbagaian pakej yang ditawarkan pada harga yang lebih kompetitif.

Ida Riswana turut berkata, trend menunaikan umrah kini semakin berubah apabila ia bukan lagi didominasi golongan warga emas, sebaliknya mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan muda, usahawan dan keluarga.

“Umrah bukan lagi hanya untuk warga emas, tetapi turut menjadi pilihan usahawan, golongan muda dan keluarga sebagai satu bentuk perjalanan yang menggabungkan ibadah, muhasabah diri serta mengeratkan silaturahim,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak melepaskan peluang menikmati pelbagai tawaran menarik menerusi Kempen Andalusia 7.7 Deals yang berlangsung sehingga 7 Julai.

Menerusi kempen tersebut, pelanggan boleh membuat tempahan pakej umrah dan pelancongan secara dalam talian melalui laman web rasmi Andalusia, dengan menggunakan kod promosi 77ATTSB2026 bagi menikmati diskaun istimewa.

Pengguna berpeluang menikmati potongan harga antara RM77 hingga RM1,000, bergantung kepada pakej yang dipilih, sekali gus menjadikan tempahan lebih berbaloi sepanjang tempoh promosi.

Lebih menarik, setiap tempahan yang layak sepanjang kempen itu turut melayakkan pelanggan menyertai cabutan bertuah dengan peluang memenangi lapan buah kereta berjenama sebagai hadiah utama. – AGENSI