artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Malaysia sasar pengeluaran roket dalam tempoh dua tahun lagi – Khaled Nordin

Malaysia sasar pengeluaran roket dalam tempoh dua tahun lagi – Khaled Nordin
Mohamed Khaled menyaksikan majlis memeterai kerjasama strategik antara Weststar Defence Industries Sdn Bhd dan Rocket Technologies International Pty Ltd

CANBERRA: Malaysia dijangka memulakan pengeluaran roket dalam tempoh dua tahun lagi sebelum berkembang kepada pengeluaran misil pada masa hadapan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, sasaran tersebut boleh dicapai melalui kerjasama strategik melibatkan syarikat tempatan dan luar negara.

Justeru, katanya, kerajaan menyambut baik dan menyokong sepenuhnya kerjasama antara Weststar Defence Industries Sdn Bhd dan syarikat aeroangkasa serta teknologi pertahanan Australia, Rocket Technologies International Pty Ltd (RTI) dalam pembangunan keupayaan teknologi aeroangkasa.

“Ini sejajar dengan usaha negara untuk membangunkan keupayaan tempatan dalam pembangunan dan pengeluaran roket serta misil,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamed Khaled berkata, pelaburan yang dilaksanakan Weststar Defence turut membolehkan Malaysia menyertai rantaian pembekalan global RTI, sekali gus membuka peluang kepada industri tempatan untuk berkembang dalam ekosistem pertahanan antarabangsa.

Katanya, pelaburan itu bukan sahaja akan memberikan pulangan yang signifikan kepada industri pertahanan negara, malah turut menjadi pelaburan strategik ke arah memperkukuh keupayaan pertahanan negara demi generasi akan datang.

“Usaha berkenaan juga selaras dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) untuk memperkukuh keupayaan industri pertahanan tempatan serta menyumbang kepada pembinaan keupayaan pertahanan negara yang berdaulat.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Australia atas sokongan dan persetujuan yang diberikan terhadap kerjasama serta pemindahan teknologi antara RTI dan Weststar,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Khaled yang sedang dalam lawatan kerja rasmi selama tiga hari ke Australia menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama strategik antara Weststar Defence dan RTI.

Perjanjian itu ditandatangani Pengasas dan Pengarah Urusan Weststar Group, Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim dan Pengasas RTI, Allan James Payne.

  • BERNAMA