artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Nga cadang tol percuma sempena PRN Johor untuk rakyat pulang mengundi

Nga cadang tol percuma sempena PRN Johor untuk rakyat pulang mengundi
Gambar hiasan: FB PLUS

TIMBALAN Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mencadangkan pengecualian bayaran tol di lebuh raya seluruh negara menjelang PRN Johor pada 11 Julai ini.

Beliau mencadangkan caj itu dikecualikan pada 10 dan 11 Julai ini untuk rakyat Johor di seluruh negara pulang mengundi.

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu berkata, beliau akan membangkitkan cadangan berkenaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini.

Sementara itu, beliau memberi amaran seruan PAS untuk penyokongnya mengundi Barisan Nasional di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional berisiko memberikan kemenangan besar kepada BN.

Jelasnya, BN telah menjejaskan demokrasi di Johor dengan meluluskan rang undang-undang memperkenalkan Adun lantikan, lapor FMT.

“Saya menggesa masyarakat Cina di seluruh negara terus berwaspada, sedar cabaran akan datang dan mengundi Pakatan Harapan demi melindungi demokrasi.

“Pada saat genting ini, semua orang perlu pulang mengundi pada 11 Julai. Undian anda akan menentukan masa depan anda dan negara,” katanya menurut China Press pada majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-60 DAP di Pasir Pinji, Ipoh.

Nga turut memberi amaran kepada pengundi Cina supaya tidak berpecah belah dan menyokong MCA kerana populasi komuniti itu semakin berkurangan dan diunjurkan merosot kepada 13.8% menjelang 2050.

Katanya, memecahkan undi Cina akhirnya akan menyebabkan kehilangan pengaruh politik.

“Selagi semua orang keluar mengundi dan komuniti Cina kekal bersatu, kita boleh terus memainkan peranan sebagai minoriti penentu.”

“Ini benar khasnya di negeri seperti Perak dan Johor, di mana komuniti bukan Melayu merangkumi 46% hingga 48% pengundi. Jika pengundi Cina dan India bersatu dengan tujuan sama, setiap undi akan membawa kesan,” katanya. – AGENSI