Selepas Melaka, giliran rakyat Sarawak pula mengundi pada 12 Disember
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Disember ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat khas yang diadakan bagi membincangkan perjalanan dan persiapan pilihan raya berkenaan.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu sidang media yang diadakan di Kuching, Sarawak hari ini.
PRN Sarawak ke-13 diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkuat kuasa 26 Oktober lalu.
Berdasarkan Perkara 21(4) Perlembagaan Negeri Sarawak, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN.
Pilihan raya kali ini membabitkan 82 kerusi DUN sedia ada bagi menentukan barisan wakil rakyat yang akan membentuk kerajaan negeri untuk penggal baru.
Lebih dua juta pemilih berdaftar layak mengundi pada PRN Sarawak ke-13 nanti.
Pada 23 Okt lalu, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg mengumumkan pembubaran DUN berkuatkuasa 26 Okt dalam sidang media khas selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Semnetara itu, Ramlan berkata SPR telah memutuskan untuk memperluaskan pelaksanaan projek rintis sistem Optical Character Recognition Vote Attendance (OCRVA) di semua saluran di setiap pusat mengundi melibatkan 82 bahagian PRN Sarawak. – MADANI NEWS
