artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Zahid cabar PH singkir BN dari kerajaan: “Anwar dapat jadi PM sebab UMNO”

Zahid cabar PH singkir BN dari kerajaan: “Anwar dapat jadi PM sebab UMNO”

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini secara terbuka mencabar Pakatan Harapan (PH), yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengerusi, untuk menyingkirkan BN daripada kerajaan perpaduan.

Menyasarkan penyokong PH yang tidak berpuas hati dengannya kerana mengkritik dasar kerajaan, Zahid mengingatkan bahawa kerajaan persekutuan akan runtuh tanpa BN.

“Satu (pilihan buat PH) dapatkan semula mandat baru dengan mengadakan pilihan raya umum (PRU).

“Kedua, keluarkan kami (BN) secara rasmi (dengan) buat undi tidak percaya di Dewan Rakyat, bubar (Parlimen),” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Cabaran Ahmad Zahid itu disambut dengan sorakkan “bubar” oleh perwakilan yang hadir.

Ahmad Zahid berkata demikian sebagai menjawab pengkritiknya dari kalangan “cybertrooper” pro PH yang dilabel sebagai “ceplos” serta segelintir pemimpin PH.

Semalam, Ahmad Zahid menyindir Anwar dengan meminjam populariti skrip suara latar media sosial yang tular “guru, hentikan guru”, ketika mengkritik dasar subsidi petrol kerajaan yang berubah-ubah.

Zahid turut berkata UMNO dapat melakukan yang lebih baik berbanding pentadbiran Anwar.

Anwar yang tiba di India bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin Brics ke-18 kemudiannya membalas sindiran timbalannya itu.

Dalam hantaran di media sosial, perdana menteri itu membahasakan dirinya sebagai ‘guru’, dipercayai merujuk kepada sindiran Ahmad Zahid.

Anwar berkata dia selamat tiba di New Delhi, India untuk membawa nama negara di pentas dunia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin Brics ke-18.

“Doakan misi diplomasi negara ini mencapai matlamatnya. Semoga anak didik dapat belajar dari guru cara diplomasi Madani diterjemahkan. Slayyy,” katanya dalam hantaran di Threads.

Tak pernah berguru dengan Anwar

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan bahawa Anwar berjaya menjadi perdana menteri hanya disebabkan sokongan UMNO.

“Wahai ceplos, jangan minta kita keluar dari kerajaan, mereka cabar kita keluar dari kerajaan kalau berani, barang harus diingat wahai ceplos perdana menteri jadi perdana menteri sebab ada sokongan UMNO,” tambahnya.

Secara sinis hari ini Ahmad Zahid turut menegaskan yang dia tidak pernah berguru dengan Anwar.

“Sebenarnya saya tak pernah belajar dengan dia (Anwar), anak murid pandai tak perlu guru,” ujar Ahmad Zahid lagi.

“Yang belajar dengan dia ialah isteri saya Kak Midah (Hamidah Khamis),” katanya disambut dengan sorakan perwakilan UMNO yang memenuhi dewan persidangan petang tadi.

“Eh, suka hati dialah nak hormat cikgu dia ke tidak. Dulu hormat, sekarang terpulang kat dialah,” sambung Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi.

Pada perhimpunan agung kali ini juga Ahmad Zahid secara terbuka mendedahkan salinan perjanjian pembentukan kerajaan perpaduan yang menurutnya tidak pernah sesekali bersetuju dengan penggunaan nama kerajaan Madani.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut menyentuh mengenai pengampunan Najib Razak dan penutup persidangan hari ini UMNO memohon agar Yang di-Pertuan Agong dapat memberikan pertimbangan bagi pengampunan penuh kepada bekas perdana menteri itu.

Ahmad Zahid berkata permohonan itu tidak sama sekali mengurangkan hormat parti itu kepada kuasa prerogatif Agong.

“Dengan penuh takzim, UMNO terus menaruh harapan agar mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan datang, permohonan Najib akan dapat dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya.

“Perhimpunan Agung UMNO yang bersidang pada hari Jumaat semalam, dan hari ini merafak sembah memohon limpah ehsan dan perkenan Tuanku agar kiranya dapat diberikan pertimbangan pengampunan sepenuhnya kepada Najib,” katanya lagi.

Sementara itu, dalam sidang media selepas persidangan itu, Ahmad Zahid berkata apa yang dibangkitkan dia dalam ucapannya tidak menyanggah mana-mana sosok terutamanya Perdana Menteri.

“Kita tidak menyanggah mana-mana susuk tubuh terutamanya perdana menteri, resolusi yang dibuat di dalam Perhimpunan Agung UMNO harus dihormati bahawa kita terus bersama-sama dengan kerajaan perpaduan Malaysia yang ada ini hingga akhir penggal.

“Kita pun tidak tahu bila akhir penggal. Jadi kita akan terus berada di dalamnya dan selama kami berada di dalamnya memang ada perbedaan pendapat tetapi kita adalah anggota jemaah menteri yang profesional dan juga kepimpinan parti yang profesional,” katanya lagi.