artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Ucapan ‘Tanah Melayu’: Sanusi akan kemuka surat tuntutan kepada Nga, Marina dan Salim

Ucapan ‘Tanah Melayu’: Sanusi akan kemuka surat tuntutan kepada Nga, Marina dan Salim
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

MENTERI Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan mengemukakan surat tuntutan (LOD) kepada Timbalan Pengerusi DAP Nga Kor Ming berhubung dakwaan memutarbelitkan ucapannya mengenai masyarakat Melayu, Cina dan India pada kempen PRN Negeri Sembilan, 23 Julai lalu.

Menurutnya, tindakan undang-undang menerusi peguamnya turut menyasarkan bekas Adun Skudai Marina Ibrahim dan seorang pengguna media sosial, Salim Abdul Rahman.

Katanya, ketiga-tiga mereka diberi tempoh tujuh hari untuk memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataan yang dibuat.

“LOD ini akan diuruskan peguam dan sudah siap. Jika tidak diserahkan hari ini, ia akan diserahkan esok.

“Dalam LOD itu, kita beri mereka tujuh hari untuk memohon maaf. Mereka perlu menghubungi peguam saya, jika tidak kita akan teruskan tindakan di mahkamah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri.

Sanusi berkata tindakan itu diambil kerana kenyataan pihak terbabit didakwa menokok tambah serta memesongkan maksud sebenar ucapannya demi kepentingan tertentu.

Beliau turut memaklumkan sudah selesai memberi keterangan kepada polis dari kontinjen Negeri Sembilan dan Kedah di Alor Setar berhubung perkara itu.

“Semuanya sudah jelas dan berpandukan fakta. Prosesnya singkat kerana tiada apa yang perlu disembunyikan,” katanya.

Sebelum ini, Sanusi menerusi peguamnya Mohd Faizi Che Abu menyerahkan LOD kepada Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor Dr N Sathia Prakash berhubung dakwaan memfitnah.

Dalam ceramah bulan lalu, Sanusi dilaporkan berkata: “Melayu ada Tanah Melayu ini saja. Orang India ada India, orang Cina ada China, orang Kemboja ada Kemboja, orang Siam ada Thailand. Melayu di mana? Melayu di sini saja.”

Bagaimanapun, Sanusi menafikan kenyataan itu bertujuan mempersoalkan kewarganegaraan atau hak rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India. – MADANI NEWS