artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

RCI TH: “Kenapa baru dedah sekarang? Jika kes sebesar ini pun dilengahkan, berapa banyak lagi kes disorok bawah karpet” – PAS

RCI TH: “Kenapa baru dedah sekarang? Jika kes sebesar ini pun dilengahkan, berapa banyak lagi kes disorok bawah karpet” – PAS

KETUA Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan mengapa dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) baru didedahkan dan tindakan terhadap pihak yang didakwa menyeleweng baru diambil sekarang.

Dia turut menempelak alasan bahawa tindakan lebih awal tidak diambil kerana dikhuatiri menjejaskan keyakinan pelabur.

“Kenapa tidak diambil tindakan sejurus kerajaan memperolehi dapatan RCI ini?

“Kononnya jika diambil tindakan pelabur akan hilang keyakinan. Walhal tidak mengambil tindakan segera itulah menghilangkan keyakinan pelabur.

“Jika kes sebesar ini boleh dilengahkan tindakannya, entah berapa kes lagi yang disorok di bawah karpet oleh kerajaan Madani hari ini kita tidak tahu.

“Itulah yang menyebabkan pelabur hilang keyakinan,” katanya pada kenyataan hari ini.

Ahli parlimen Pasir Mas itu berkata demikian ketika mengulas penjelasan bekas menteri agama Mujahid Yusof dalam laporan Malaysiakini hari ini.

Terdahulu, Mujahid yang juga timbalan presiden Amanah berkata pihak yang didakwa “sakau” wang TH sebenarnya telah dinyatakan dengan jelas dalam laporan RCI berkenaan.

“Ya Allah, engkau tipu duit umat Islam, itu kau tak kata sakau. Engkau tipu akaun umat Islam itu kau tak kata sakau.

“Dan jangan lupa, dalam RCI juga ada disebut dan digesa antara rekomendasinya untuk mengambil tindakan kepada siapa?

“Kepada kes-kes yang telah dilaporkan di dalam Tabung Haji. Yang itulah sakau kerana tidak ada pemantauan.

“Tidak ada satu tanggungjawab dalam mana masing-masing nak cari habuan dia,” kata Mujahid ketika mengulas pihak yang mempertikaikan penemuan RCI TH yang didedahkan pada 29 Julai lalu.

Sementara itu, Ahmad Fadhli berkata PAS menyokong tindakan susulan yang diambil walaupun mendakwa terdapat agenda di sebaliknya.

“Alih-alih sekarang anda mahu jadi juara. Kita sokong tindakan, tetapi kita juga tahu ia ada agenda.

“Ambillah tindakan, tetapi rakyat sudah hilang kepercayaan kepada kamu. Tunggu sahaja kejatuhan kerajaan Madani dalam pilihan raya umum nanti,” katanya.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan merakam percakapan bekas ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun selama lebih enam jam bagi membantu siasatan susulan laporan RCI mengenai TH.

Rakaman percakapan itu berlangsung di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, bermula pada jam 10.30 pagi dan selesai kira-kira jam 5 petang.

Menurut sumber SPRM, hanya bekas CFO berkenaan hadir, manakala bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu tidak hadir atas faktor kesihatan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman berkata rakaman percakapan berkenaan merupakan sesi hari kedua melibatkan bekas pegawai kanan itu selepas dia dibebaskan kelmarin. – MADANI NEWS