artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Kerjasama BN-PN bukan permainan politik, hubungannya ‘lebih daripada berkahwin’ – Hadi

Kerjasama BN-PN bukan permainan politik, hubungannya ‘lebih daripada berkahwin’ – Hadi
BN dan PN mengumumkan kerjasama secara terbuka dalam PRN Negeri Sembilan

PRESIDEN PAS Tan Sri Hadi Awang menafikan dakwaan kerjasama Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) pada PRN Negeri Sembilan sebagai sekadar permainan politik.

Hadi berkata pihak yang melihat kerjasama dua parti itu tanpa Bersatu sebagai percaturan politik semata-mata tidak memahami tuntutan agama berkaitan perpaduan umat.

Beliau turut menggunakan istilah ‘jahil murakab’ terhadap pengkritik kerjasama itu dan mendakwa pandangan mereka boleh membawa kepada kefahaman agama yang salah.

“Kerjasama PN dan BN dianggap permainan politik seperti ditasawurkan oleh kalangan yang masih berpenyakit jahil murakab dan tidak memahami agama sendiri,” katanya dalam tulisan Minda Presiden.

BN dan PN tanpa Bersatu membentuk persefahaman pada PRN Negeri Sembilan 1 Ogos menyaksikan tiada pertembungan antara satu sama lain di 36 kerusi.

BN akan bertanding 25 kerusi manakala parti komponen PN seperti PAS, Parti Wawasan Negara (Wawasan), Gerakan dan MIPP meletakkan calon di 11 DUN.

Hadi pada Sabtu menyifatkan kerjasama PN dan BN pada pilihan raya itu ‘lebih daripada berkahwin’.

Bagaimanapun, beliau berkata kerjasama rasmi antara PN-BN akan dimuktamadkan dan dinilai dari semasa ke semasa.

Mengulas lanjut, Hadi berkata Islam mewajibkan umatnya mengutamakan perpaduan kerana perbalahan boleh menyebabkan mereka kehilangan kekuatan dan gagal menghadapi cabaran. – MADANI NEWS

Menurutnya, perpecahan boleh berlaku akibat fanatik terhadap kaum, negeri atau mazhab, selain kelemahan dalam memahami ajaran agama secara menyeluruh.

Ujarnya, penyatuan itu bukan hanya melibatkan orang Melayu-Islam, tetapi boleh merangkumi kerjasama dengan bukan Islam yang disifatkannya tidak ekstrem.

Hadi mengimbau yang PAS sebelum ini pernah bekerjasama dengan Umno, MCA dan MIC, selain membentuk pakatan bersama DAP dan PKR melalui Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat.

“Namun PAS keluar kerana DAP terus menolak perjuangan negara Islam dan menolak pelaksanaan syariat di Kelantan dan Terengganu.

“Seterusnya, ditubuhkan Pakatan Harapan (PH) melibatkan penyertaan Parti Amanah Negara, serpihan PAS atas alasan menyembunyikan Islam.

“PAS membatalkan kerjasama dengan PH yang berdominasikan DAP yang bergerak ke arah menguasai negara melalui pilihan raya bersama Melayu yang pragmatis dan oportunis,” katanya.