artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Dr. Maszlee jadi tumpuan ketika ‘walkabout’, tidak putus layan peminat bergambar

Dr. Maszlee jadi tumpuan ketika ‘walkabout’, tidak putus layan peminat bergambar

JOHOR BAHRU – Suasana pagi di Austin Heights 3, di sini, bertukar lebih meriah apabila kehadiran calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr. Maszlee Malik, menjadi perhatian pengunjung dan peniaga yang tidak melepaskan peluang untuk bertemu beliau.

Seawal sesi walkabout bermula, bekas Menteri Pendidikan itu tidak putus-putus disapa orang ramai. Ada yang menghulurkan salam, bertanya khabar, malah ramai yang terus mengeluarkan telefon bimbit masing-masing untuk merakam gambar kenangan bersama beliau.

Dengan senyuman yang tidak lekang di bibir, Dr. Maszlee bergerak dari satu premis ke satu premis sambil beramah mesra dengan peniaga, menyantuni pelanggan dan mengedarkan risalah kempen kepada orang ramai.

Di beberapa lokasi, langkah beliau terpaksa diperlahankan apabila orang ramai mengambil giliran untuk berswafoto, manakala ada yang sekadar ingin berjabat tangan dan bertukar beberapa patah perkataan.

Pengalaman sebagai Ahli Parlimen Simpang Renggam dan bekas anggota Kabinet jelas membantu beliau berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat, daripada golongan muda sehinggalah warga emas.

Sepanjang hampir sejam sesi walkabout berlangsung, suasana mesra jelas dirasai apabila sebahagian penduduk seolah-olah sudah lama mengenali beliau. Selain menyuarakan isu setempat, ramai juga yang hadir semata-mata untuk bertemu dan bergambar dengan calon PH itu.

Seorang wanita yang teruja bertemu Dr. Maszlee mengakui dia memang menantikan peluang tersebut sejak mengetahui bekas Menteri Pendidikan itu akan bertanding di Puteri Wangsa.

“Semalam lagi saya beritahu kawan-kawan, kalau jumpa Dr. Maszlee saya mesti nak ambil gambar.

“Hari ini memang rezeki, terus dapat jumpa dan bergambar,” katanya sambil tersenyum lebar.

Kegembiraan wanita itu bertambah apabila Dr. Maszlee turut meluangkan masa merakam video khas yang ditujukan kepada rakan-rakannya, sekali gus mencetuskan sorakan kecil daripada mereka yang berada di situ.

Tidak hanya tertumpu kepada sesi bergambar, Dr. Maszlee turut mengambil kesempatan mendengar sendiri pandangan penduduk mengenai beberapa isu setempat sepanjang menyantuni masyarakat.

Sambutan mesra yang diterima sepanjang program itu dilihat memberi gambaran positif terhadap penerimaan sebahagian pengundi di Puteri Wangsa, ketika kempen PRN Johor semakin menghampiri penghujungnya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, Dr. Maszlee berdepan saingan lima penjuru melibatkan calon Barisan Nasional (BN), Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Bersama Malaysia (Bersama) serta seorang calon Bebas. – SUARA MERDEKA