Bersatu tanding 24 kerusi guna logo sendiri – bertembung PAS, Wawasan di 8 kerusi
PARTI Bersatu mengumumkan 24 calon untuk PRN Negeri Sembilan, sekaligus bertembung dengan dua parti komponen Perikatan Nasional di lapan kerusi.
Menurut senarai calon yang diumumkan, Bersatu akan bersaing dengan PAS di Serting, Ampangan, Paroi dan Bagan Pinang.
Bersatu juga akan bersaing dengan Parti Wawasan Negara di Klawang, Sikamat, Mambau dan Gemas.
Kelihatan Bersatu tidak akan bertembung dengan Gerakan mahupun Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).
Bersatu meletakkan harapan kepada Tun Faisal Ismail Aziz di Sikamat, R Sri Sanjeevan di Jeram Padang, dan Mohamad Hanifah Abu Baker di Labu.
Turut diumumkan bekas presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Megat D Shahriman Zaharudin, bagi Seri Menanti.
Bersatu melangkah ke pilihan raya dengan lambang sendiri.
Dalam pada itu, FMT diberitahu oleh Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P Ramasamy, bahawa dua ahlinya bertanding atas tiket Bersatu, iaitu N Sarawanan (Mambau) dan R Mahendran (Seremban Jaya).
Negeri Sembilan akan ke peti undi pada 1 Ogos.
Berikut senarai penuh calon:
- N2 Pertang – Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus
- N3 Sungai Lui – Mazrulhisham Abd Mansor
- N4 Klawang – Muhammad Adib Musa
- N5 Serting – Muhammad Noraffendy Mohd Salleh
- N6 Palong – Rebin Birham
- N7 Jeram Padang – R Sri Sanjeevan
- N9 Lenggeng – Zool Amali Hussin
- N10 Nilai – V Saravan Kumar
- N12 Temiang – Fazly Hamid
- N13 Sikamat – Tun Faisal Ismail Aziz
- N14 Ampangan – Noor’azah Harun
- N15 Juasseh – Mohd Zuhaimi Md Yusof
- N16 Seri Menanti – Megat D Shahriman Zaharudin
- N17 Senaling – Mohd Izaffi Istear Khan
- N20 Labu – Mohamad Hanifah Abu Baker
- N22 Rahang – Tang Jay Son
- N23 Mambau – N Sarawanan (ahli Urimai)
- N24 Seremban Jaya – R Mahendran (ahli Urimai)
- N25 Paroi – Mohd Nazree Mohd Yunus
- N28 Kota – Akmal Noradzmi Abd Rahim
- N31 Bagan Pinang – Sheikh Junaidy Jamaludin
- N32 Linggi – Zamri Md Said
- N33 Sri Tanjung – M Leevineshwaraan
- N34 Gemas – Fadil Daud – FMT
