artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

‘Berbeza Langkah, Jangan Putus Kawan,’ – Pantun Anwar dapat perhatian netizen

‘Berbeza Langkah, Jangan Putus Kawan,’ – Pantun Anwar dapat perhatian netizen

MESEJ puitis namun sarat dengan makna. Itu gambaran hantaran terbaharu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkongsi serangkap pantun mengenai kepentingan kesepakatan dan disiplin dalam sesebuah persahabatan dan permuafakatan.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, Anwar menitipkan pantun empat kerat yang menekankan nilai setiakawan:

Burung merbah terbang sekawan,

Guruh berdentum membelah awan,

Berbeza langkah, jangan putus kawan,

Selagi muafakat, kita sehaluan.

Lebih mencuri tumpuan, hantaran itu turut diiringi melodi lagu malar segar era 1980-an, “Madu dan Racun”, seolah-olah memberikan ‘jiwa’ kepada pesanan yang ingin disampaikan beliau.

Dalam hantaran itu, Anwar turut berkongsi gambar suasana mesyuarat Jemaah Menteri yang antaranya dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke, yang dilihat mesra serta ceria.

Perkongsian itu hadir ketika tumpuan seluruh negara kini terarah kepada hubungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang sedang mengharungi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Walaupun persaingan di lapangan dilihat sengit, hantaran tersebut disifatkan sebagai peringatan mengenai kepentingan mengekalkan kestabilan dan keutuhan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Pada PRN Negeri Sembilan, PH yang dipimpin Anwar sebagai pengerusi bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala BN yang diterajui Ahmad Zahid bertanding di 25 kawasan selain membentuk persefahaman dengan Perikatan Nasional.

DUN Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi dibubarkan pada 5 Jun lepas dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 Julai ini sebagai hari pengundian awal manakala 1 Ogos sebagai hari mengundi.

Hantaran Perdana Menteri itu ternyata mendapat sambutan hangat warga maya apabila meraih lebih 11,500 tanda suka hanya dalam tempoh dua jam selepas dimuat naik.

Ruangan komen turut dihujani lebih 1,700 mesej termasuk ada yang membalas kembali dengan serangkap pantun, selain rata-ratanya memuji sikap ‘jiwa besar’ yang dipamerkan Perdana Menteri.

— BERNAMA