Selepas selesai bayar RM50 juta, AGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah Najib
JABATAN Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan di rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Dalam kenyataan hari ini, AGC berkata penangguhan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan berhubung tafsiran perintah bertarikh 18 September 2026, khususnya mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.
“Terdapat dua interpretasi yang perlu diberikan penelitian lanjut. Pertama ialah pembayaran denda RM50 juta hanya memenuhi komponen hukuman denda, manakala hukuman penjara bagi kes SRC International masih berjalan sehingga 23 Ogos 2028.
“Dalam keadaan itu, tahanan di rumah ialah kaedah atau tempat alternatif untuk menjalani baki hukuman penjara dan bukannya penamatan hukuman berkenaan.
“Interpretasi kedua, pembayaran denda RM50 juta ialah syarat yang membolehkan pengampunan berkuat kuasa sepenuhnya yang membawa kesan keseluruhan hukuman bagi kes SRC International, termasuk hukuman penjara, dianggap selesai,” katanya, hari ini. – MADANI NEWS
