artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Alif Satar selalu panggil ‘Hajah’, doa jadi kenyataan buat Lisa Surihani

Alif Satar selalu panggil ‘Hajah’, doa jadi kenyataan buat Lisa Surihani

GELARAN ‘Hajah’ yang sering diberikan penyanyi dan pelakon, Alif Satar kepada sahabatnya, Datin Lisa Surihani, rupa-rupanya membawa makna tersendiri apabila pelakon itu akhirnya mendapat peluang menunaikan ibadah haji tahun ini.

Lisa, 40, menyifatkan kebiasaan Alif memanggilnya dengan gelaran berkenaan setiap kali mereka bertemu mungkin menjadi antara asbab dirinya dijemput menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci.

Menurut pelakon filem Istanbul Aku Datang itu, dia sendiri pernah tertanya-tanya mengapa Alif begitu konsisten memanggilnya ‘Hajah’, sedangkan ketika itu dia belum pernah menunaikan rukun Islam kelima berkenaan.

Katanya, Alif yang dianggap seperti adik sendiri sudah terlebih dahulu mendapat peluang mengerjakan haji dan sering menggunakan gelaran itu ketika mereka bertemu.

“Setiap kali berjumpa, Alif akan panggil saya Hajah. Saya sendiri tidak tahu kenapa dia selalu berbuat demikian.

“Mungkin itu salah satu amalannya. Setiap kali dia panggil begitu, saya hanya aminkan dan ucapkan terima kasih.

“Orang kata, setiap kata-kata yang diucapkan itu doa. Mungkin doa Alif menjadi antara asbab saya dijemput menunaikan ibadah haji tahun ini,” katanya.

Lisa berkata demikian ketika ditemui pada majlis ‘Kerana Dia Memanggil’ Perkongsian Perjalanan Haji Alumni Irkaz Travel yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, isteri kepada pengarah dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim itu berharap sekiranya doa Alif menjadi antara asbab dirinya terpilih ke Tanah Suci, sahabatnya itu sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah SWT.

“Jika benar Alif menjadi asbab dan doanya antara yang diangkat, saya berdoa agar Allah SWT sentiasa merahmatinya serta menghimpunkan dia bersama keluarganya di syurga,” katanya.

Dalam majlis yang menghimpunkan kira-kira 200 bakal jemaah haji itu, Lisa turut berkongsi pengalaman menunaikan ibadah berkenaan tahun ini, termasuk keputusannya berangkat ke Tanah Suci tanpa ditemani suami.

Bagaimanapun, dia tetap bersyukur apabila impiannya untuk mengerjakan haji pada usia 40 tahun akhirnya menjadi kenyataan.

Mengimbas kembali, Lisa berkata hasrat itu mula dipanjatkan ketika mengerjakan umrah bersama Irkaz Travel pada Ramadan 2023.

Katanya, ketika itu dia berdoa agar diberikan kesempatan menunaikan ibadah haji pada usia 40 tahun, mengambil inspirasi daripada usia Rasulullah SAW ketika menerima wahyu pertama.

Tidak menyangka doanya dimakbulkan, Lisa berkata rayuan hajinya diterima tiga tahun kemudian sekali gus membuka peluang untuk menjadi tetamu Allah bersama Irkaz Travel. – MADANI NEWS