artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Allianz Malaysia perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi banjir

Allianz Malaysia perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi banjir

SEBANYAK 288 peserta mengikuti Program Kemandirian Banjir anjuran Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) dengan kerjasama Malaysia International Search and Rescue (MISAR), dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan masyarakat menghadapi bencana banjir.

Program edisi ketujuh itu dilaksanakan menerusi dua sesi di Akademi MISAR, Kuala Lumpur, dengan memberi penekanan kepada kemahiran praktikal, pengetahuan dan keyakinan untuk bertindak ketika berdepan kecemasan berkaitan banjir.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang, berkata keperluan meningkatkan tahap kesiapsiagaan masyarakat kekal relevan memandangkan banjir terus memberi kesan kepada komuniti di seluruh negara.

Katanya, walaupun perlindungan insurans penting bagi membantu individu dan keluarga memulihkan kedudukan kewangan selepas bencana, usaha melindungi masyarakat perlu bermula sebelum bencana berlaku.

“Sejak beberapa tahun lalu, kami terus menyokong program ini kerana keperluan untuk meningkatkan kesiapsiagaan kekal relevan hingga ke hari ini.

“Banjir masih memberi kesan kepada komuniti di seluruh negara dan walaupun insurans memainkan peranan penting dalam membantu individu serta keluarga pulih dari segi kewangan selepas bencana, kami percaya bahawa perlindungan seharusnya bermula sebelum bencana berlaku,” katanya.

Program berkenaan menggabungkan pembelajaran teori, latihan praktikal dan simulasi berasaskan senario sebenar, termasuk aspek keselamatan dan kemandirian diri ketika banjir, operasi menyelamat serta penggunaan peralatan menyelamat.

Peserta turut didedahkan kepada pengendalian kecemasan perubatan dan bantuan kecemasan, persediaan menghadapi bencana serta bantuan kemanusiaan.

Selain itu, latihan turut memberi penekanan kepada kaedah membantu golongan rentan termasuk kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan haiwan peliharaan ketika situasi kecemasan.

Pengasas MISAR, Kapten K. Balasupramaniam, berkata kekurangan pengetahuan mengenai tindakan yang betul ketika banjir boleh menyebabkan sesuatu insiden menjadi lebih serius.

“Program seperti ini membantu peserta memahami prinsip asas keselamatan, menilai risiko serta membuat keputusan yang lebih baik ketika berdepan situasi kecemasan.

“Semakin ramai individu yang memiliki kemahiran ini, semakin bersedia sesebuah komuniti untuk menghadapi banjir apabila ia berlaku,” katanya.

Menurut Allianz Malaysia, latihan praktikal dan simulasi itu diharap dapat meningkatkan keupayaan peserta untuk bertindak dengan lebih pantas, selamat dan berkesan ketika menghadapi kecemasan.

Syarikat itu berkata pihaknya akan terus menyokong inisiatif yang dapat memperkukuh daya tahan dan kesiapsiagaan komuniti menerusi kerjasama strategik serta latihan berasaskan situasi sebenar. – MADANI NEWS