artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Najib tak mampu bayar denda RM50j, akaun bank dibekukan – Peguam

Najib tak mampu bayar denda RM50j, akaun bank dibekukan – Peguam

DATUK Seri Najib Razak tidak mampu membayar denda RM50 juta yang dikenakan sebagai salah satu syarat untuk membolehkannya menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International di bawah tahanan rumah.

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri itu, berkata Najib tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk menjelaskan denda berkenaan.

“Setakat hari ini, Datuk Seri Najib sendiri tidak mampu membayarnya. Beliau tidak mampu membayar,” katanya kepada pemberita selepas prosiding mahkamah membabitkan bekas Perdana Menteri itu, di Kuala Lumpur hari ini.

Shafee berkata, akaun bank Najib telah dibekukan, termasuk akaun Affin Bank yang menurutnya digunakan untuk menerima gaji sebagai Perdana Menteri dan Ahli Parlimen sebelum ini.

Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu tidak pernah meminta sumbangan daripada orang awam untuk membayar denda RM50 juta itu.

Tambahnya, Najib berasa serba salah apabila perlu membayar denda RM50 juta sebagai antara syarat pengampunan, namun pada masa sama tidak mempunyai kemampuan untuk menjelaskan jumlah berkenaan.

“Dia serba salah sebab dia sepatutnya bayar, tetapi dia tidak ada duit,” katanya dan mengakui beliau tidak tahu berapa jumlah sumbangan sudah diperoleh.

Tambah Muhammad Shafee, sebarang kemungkinan berkaitan penerimaan sumbangan itu juga masih bersifat spekulatif kerana apa juga keputusan Najib boleh menimbulkan pelbagai andaian.

“Kalau dia terima (sumbangan) pun, orang akan kata, haa itu duit dialah tu, dia pusing-pusing, kena balik. Kalau dia tak ambil (sumbangan) dan kekal dalam (penjara), is another speculation (ada spekulasi lain).

“Mungkin you all (anda semua) kata, ini orang politik, putar balik, dia nak dapat simpati,” katanya.

Sementara itu, katanya, Najib juga belum menerima surat rasmi pengampunan bersyarat Yang di-Pertuan Agong yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara kes SRC International di bawah tahanan rumah.

Muhammad Shafee berkata, pasukan guaman juga masih belum menerima surat yang menetapkan syarat pengampunan berkenaan.

“Yang di-Pertuan Agong sudah membuat keputusan secara prerogatif, orang yang paling mustahak ialah Datuk Seri Najib sebab dia adalah orang yang dikenakan penjara, dikenakan penahanan rumah, tetapi hingga ke hari ini dia belum mendapat surat itu.

“Kita tak tahu, kenapa surat itu begitu lambat, penjara (Jabatan Penjara) pun tidak dapat,” katanya menambah hari ini sudah memasuki hari kelapan sejak Najib mendapat pengampunan bersyarat itu.

“Hari kelapan, pelik. Kelewatan ini menjejaskan tindakan seterusnya pasukan guaman kerana kami tidak mengetahui syarat penuh yang terkandung dalam dokumen rasmi berkenaan,” katanya.