Tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan digantung
SEREMBAN: Kemelut pentadbiran dan Istana Negeri Sembilan memasuki perkembangan baharu apabila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bertindak menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir Ibrahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal berkuat kuasa serta-merta.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim yang berkata, ia dibuat secara sebulat suara dalam Mesyuarat Khas MMKN yang diadakan hari ini. SemakDasar Kerajaan
Untuk itu katanya, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Masri Razali dinamakan untuk menjalankan tugas SUK sehingga Setiausaha Kerajaan Negeri baharu dinamakan oleh Ketua Setiausaha Negara.
Sementara itu, tugas memberikan nasihat perundangan akan dilaksanakan peguam bela dan peguam cara, Fahmi Adilah sehingga Penasihat Undang-Undang Negeri baharu dinamakan oleh Jabatan Peguam Negara.
“Notis penggantungan Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan akan dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam.
“Seterusnya, notis penggantungan Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Sembilan akan dimaklumkan kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MADANI NEWS
