artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Najib belum bayar denda RM50 juta, proses tahanan rumah belum dapat dilaksanakan

Najib belum bayar denda RM50 juta, proses tahanan rumah belum dapat dilaksanakan

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum melunaskan denda RM50 juta yang menjadi antara syarat utama bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, setakat hari ini keluarga Najib belum membuat pembayaran berkenaan.

Menurut beliau, bayaran itu perlu dijelaskan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana kes SRC International Sdn Bhd berkenaan bermula dan dibicarakan di mahkamah tersebut.

“Setakat ini, keluarga Najib belum membayar denda. Selepas pembayaran dibuat, saya tidak boleh jangka secara tepat bila Najib akan dibawa pulang ke rumah, mungkin ambil sedikit masa,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Mohd Dusuki berkata, selepas pembayaran dibuat, pelaksanaan tahanan rumah Najib turut tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditentukan Jabatan Penjara Malaysia.

SOP berkenaan dijangka memperincikan antaranya aspek lawatan, kawalan serta pemantauan pergerakan Najib sepanjang beliau menjalani baki hukuman di kediamannya.

Sementara itu, tinjauan di pekarangan Penjara Kajang hari ini mendapati tiada sebarang pergerakan membabitkan bekas Ahli Parlimen Pekan berkenaan.

Najib, 73, menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas sabitan dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Pada 18 September lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib yang membolehkannya menjalani baki hukuman bagi kes SRC International secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Bagaimanapun, pelaksanaan pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan syarat yang ditetapkan. Sekiranya syarat berkenaan tidak dipatuhi, pengampunan bersyarat itu boleh terbatal dan Najib perlu meneruskan baki hukuman di penjara. – BERNAMA