artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

PN, UMNO gesa tubuh RCI siasat semula TH

PN, UMNO gesa tubuh RCI siasat semula TH

PERIKATAN Nasional (PN) menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi melakukan siasatan semula ke atas Lembaga Tabung Haji (TH).

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata ini kerana dapatan laporan RCI mengenai TH sebelum ini, digunakan sebagai alat manipulasi untuk memberi gambaran agensi itu terjerumus dalam skandal kewangan.

Malah, katanya, isu berbangkit ketika ini adalah manipulasi terhadap TH, kononnya bagi menggambarkan kerosakan dalam institusi kewangan Islam negara yang dibuat secara berlebih-lebihan.

Beliau juga mendakwa, terdapat kesalahan fakta dalam sesi penggulungan RCI mengenai TH oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan di Dewan Rakyat sebelum ini, sekali gus memberi gambaran beliau tidak faham isu berkaitan agensi berkenaan.

“Kita tidak menafikan mungkin ada kesalahan teknikal yang boleh dibaiki tetapi ia tidak (boleh digunakan sebagai) serangan yang menyebabkan dan menggambarkan TH sudah terjumus dalam skandal begitu besar.

“Saya bersetuju dengan cadangan peserta forum supaya RCI mengenai TH ditubuhkan semula untuk menyiasat kedudukan TH dari 2018 hingga kini.

“Justeru, kerajaan digesa wujudkan RCI baharu terhadap pentadbiran dan pengurusan TH, bermula dari tempoh akhir RCI terdahulu hingga kini,” kata Setiausaha Agung PAS itu, lapor BH Online.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Forum Musyawarah Nasional 2.0 – Realiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan TH di Kuala Lumpur, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii, juga bersetuju supaya RCI baharu ditubuhkan bagi menyiasat TH bagi tempoh kewangan selepas RCI terdahulu.

Beliau berkata, ini bertujuan mengenal pasti sama ada wujud elemen penyelewengan dan penjualan aset kepada pihak berkepentingan.

“Kerajaan bertanggungjawab melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak bertanggungjawab.

“Kita juga perlu tahu mengenai status aset TH yang dipindah milik dan bagaimana ia menjana keuntungan serta kenapa ia tidak dipulangkan semula ke TH,” katanya. – MADANI NEWS