artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

BN-PN peroleh majoriti dua pertiga bentuk kerajaan baharu NS – Ahmad Zahid

BN-PN peroleh majoriti dua pertiga bentuk kerajaan baharu NS – Ahmad Zahid

SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan membentuk Kerajaan Negeri Sembilan selepas gabungan itu memperoleh majoriti dua pertiga berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata secara tidak rasmi, BN memenangi 18 kerusi manakala PN memperoleh tujuh kerusi sekali gus memberikan kedua-dua gabungan itu majoriti untuk menerajui pentadbiran negeri.

“Kami akan meneruskan perbincangan susulan antara kedua-dua gabungan ini berkaitan pembentukan kerajaan negeri yang baharu berdasarkan keputusan yang dimaklumkan,” katanya pada sidang media di Wisma UMNO Negeri Sembilan di sini.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan negeri yang bakal dibentuk adalah berteraskan persefahaman antara BN dan PN serta berpaksikan mandat yang diberikan rakyat.

Beliau berkata, mandat itu hadir bersama dengan tanggungjawab besar untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan berwibawa selain berusaha meningkatkan kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negeri.

“Kami menerima keputusan ini dengan penuh rendah diri, tawaduk dan rasa tanggungjawab. Kepercayaan rakyat bukanlah alasan untuk kami leka atau sombong.

“Tugas kami bermula malam ini. Setiap aku janji dalam manifesto, insya-Allah akan kami lunaskan demi kepentingan rakyat dan negeri keseluruhannya,” katanya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan; Presiden WAWASAN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.

Ketika ditanya mengenai urusan menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Ahmad Zahid berkata, ia akan dilakukan secepat mungkin.

Sebanyak 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan pada PRN kali ini, membabitkan 103 calon.

Seramai 859,760 pemilih berdaftar termasuk 7,391 pengundi pos layak mengundi hari ini dengan peratusan keluar mengundi yang direkodkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya setakat 4 petang ialah 65.38 peratus atau 562,133 pengundi.

Pada edisi PRN Negeri Sembilan ke-15, PH menang 17 kerusi DUN diikuti BN (14) dan PN (lima). – BERNAMA