artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Amir Nazrin juara Kejohanan Golf Tertutup PGM Royal Pahang, catat 16 bawah par

Amir Nazrin juara Kejohanan Golf Tertutup PGM Royal Pahang, catat 16 bawah par

PEMAIN profesional negara, Amir Nazrin muncul juara Kejohanan Golf Tertutup PGM Royal Pahang 2026 selepas mempamerkan aksi cemerlang dengan mencatat pusingan akhir 65 pukulan sekali gus menamatkan saingan dengan keseluruhan 16 bawah par di Kelab Golf Diraja Pahang, Kuantan, hari ini.

Kejayaan itu membolehkan Amir membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 daripada keseluruhan dana hadiah kejohanan berjumlah RM200,000.

Amir berkata, beliau bersyukur dapat menamatkan pusingan terakhir tanpa sebarang bogey, sambil menyifatkan prestasi itu sebagai petanda positif terhadap peningkatan permainannya sejak kebelakangan ini.

“Saya gembira dengan permainan hari ini. Menamatkan pusingan tanpa bogey adalah sesuatu yang istimewa dan saya rasa prestasi saya semakin baik,” katanya.

Selepas kejohanan itu, Amir dijadual menyertai saingan All Thailand Tour sebelum kembali beraksi pada Kejohanan Golf Tertutup PGM Port Dickson .

Sementara itu, pemain amatur, Rizq Adam Rohizam muncul pemenang Anugerah Amatur Terbaik selepas turut menamatkan saingan di tempat kedua bersama pemain profesional Ervin Chang dengan catatan keseluruhan sembilan bawah par.

Dalam kategori wanita pula, Zulaikah Nasser meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul kejuaraan dengan catatan dua atas par, sekali gus mencatat kemenangan berturut-turut musim ini.

Kemenangan itu membolehkan Zulaikah membawa pulang hadiah wang tunai RM11,000 daripada keseluruhan dana hadiah kategori wanita berjumlah RM35,000.

Menurut Zulaikah, kejayaan mempertahankan momentum kemenangan menjadikan Kuantan dan Pahang sebagai lokasi yang cukup bermakna buatnya.

Keadaan cuaca pada pusingan akhir turut memberi cabaran kepada semua peserta apabila tiupan angin dari arah laut ke daratan menyebabkan banyak pukulan tersasar ke kawasan pokok di sepanjang fairway, sekali gus menyukarkan pukulan menghampiri lubang.

Amir menamatkan kejohanan dengan jumlah keseluruhan 200 pukulan (66, 69, 65), manakala Rizq Adam Rohizam (68, 73, 66) dan Ervin Chang (66, 71, 70) berkongsi kedudukan kedua dengan 207 pukulan. Malcolm Ting berada di tangga keempat dengan 208 pukulan.

Bagi kategori wanita, Zulaikah mencatat keseluruhan 218 pukulan (73, 71, 74), diikuti Liyana Durisic di tempat kedua dengan 220 pukulan, manakala Winnie Ng menduduki tempat ketiga dengan 221 pukulan.

Kejohanan PGM Royal Pahang Closed Championship 2026 berlangsung di Kelab Golf Diraja Pahang yang berstatus par 72 dan menghimpunkan pemain profesional serta amatur terbaik negara dalam saingan selama tiga pusingan. – MADANI NEWS