Tropicana kembali dengan Bufet Ramadan terbesar, tawar lebih 200 hidangan tradisi dan kontemporari
PETALING JAYA – Tropicana Golf & Country Resort (TGCR), anak syarikat Tropicana Corporation Berhad, kembali mencuri tumpuan sempena Ramadan tahun ini dengan penganjuran Selera Muhibbah Buffet 2026, yang menawarkan lebih 200 jenis hidangan tradisi dan moden Malaysia di 26 gerai makanan termasuk 10 stesen masakan secara langsung.
Bufet yang akan berlangsung dari 21 Februari hingga 19 Mac 2026 itu diadakan di restoran Twenty7, Golf Lounge dan Grand Ballroom TGCR, dari jam 7 malam hingga 10 malam setiap hari, sekali gus menjadikannya antara bufet Ramadan terbesar di Lembah Klang.

Sebagai sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat, TGCR bersama rakan strategik Adabi Consumers Industries Sdn Bhd dan Mamee Double Decker (M) Sdn Bhd turut menganjurkan program kebajikan Majlis Bersama Anak-Anak Yatim & Rakan-Rakan Media, melibatkan 90 kanak-kanak dari tiga rumah kebajikan iaitu Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Hajah Kamariah, Yayasan Anak-Anak Yatim Wardatul Jannah dan Pusat Tahfiz Darus Syabab.
Kanak-kanak tersebut diraikan dengan jamuan bufet serta menerima duit raya, hamper dan beg hadiah, manakala setiap rumah kebajikan turut menerima sumbangan khas.
Pengerusi TGCR, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata pihaknya berbangga menjadi lokasi salah satu bufet terbaik di bandar, hasil komitmen pasukan dan chef TGCR.
“Kami juga menjemput anak-anak dari tiga rumah kebajikan untuk menikmati hidangan bersama kami sebagai sebahagian daripada semangat memberi dan berkongsi. Selama lebih 20 tahun, kami menjemput komuniti kurang bernasib baik untuk bersama-sama kami, dan tradisi ini akan diteruskan,” katanya.
Antara hidangan baharu yang dipertontonkan termasuk Ayam Mentega Berkrim Delhi, Ikan Siraman Lemon Sutera, Kambing Rendang Warisan, Gulai Bebek Umbu Aceh, Daging Aroma Rebung Lemak Cili Api, Kambing Bakar Haruman Sutera bersama Nasi Mentari Chennai, serta pelbagai sajian warisan dan kontemporari lain.
Bufet ini turut dimeriahkan dengan persembahan ghazal, dekorasi tradisional termasuk rumah kampung sebenar di pintu masuk, surau pusat baharu, serta kemudahan parkir percuma dengan perkhidmatan buggy shuttle.
Harga bufet bermula RM80, manakala pakej acara persendirian bermula RM98++. Selepas Ramadan, TGCR akan memperkenalkan pakej Raya Bersama Banquet dari 21 Mac hingga 18 April 2026, dengan harga bermula RM98++.
Untuk tempahan, orang ramai boleh menghubungi 03-7804 8888, manakala penganjuran acara persendirian boleh menghubungi 1800 88 8128 atau e-mel [email protected]. – MADANI NEWS
