artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Perebutan jawatan MB Perlis, PAS turut serah senarai calon selepas Bersatu | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Perebutan jawatan MB Perlis, PAS turut serah senarai calon selepas Bersatu

Perebutan jawatan MB Perlis,  PAS turut serah senarai calon selepas Bersatu

PETALING JAYA – Perebutan jawatan Menteri Besar Perlis semakin hangat apabila PAS mengesahkan telah mengemukakan senarai calon untuk dipertimbangkan sebagai pengganti Mohd Shukri Ramli yang melepaskan jawatan semalam.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu telah menyerahkan beberapa nama dalam kalangan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS yang masih kekal bagi mendapatkan perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Langkah PAS itu menyusuli tindakan Bersatu yang sebelum ini dilaporkan telah mengemukakan tiga nama calon, sekali gus menggambarkan persaingan terbuka dalam kalangan parti komponen untuk menerajui pentadbiran negeri.

Walaupun enggan mendedahkan identiti calon yang dikemukakan, Hadi menegaskan PAS yakin wakilnya layak memikul tanggungjawab sebagai ketua pentadbiran negeri.

“PAS mempunyai enam ADUN dan kami telah mengemukakan senarai calon yang difikirkan layak,” katanya, dipetik Utusan Malaysia.

PAS Sedia Hadapi PRK, PRN

Dalam pada itu, Hadi turut memberi isyarat bahawa PAS bersedia menghadapi sebarang kemungkinan politik, termasuk pilihan raya kecil (PRK) atau pilihan raya negeri (PRN) sekiranya situasi memerlukan.

Kenyataan itu memperkukuhkan lagi gambaran bahawa krisis politik Perlis masih belum menemui noktah, sebaliknya berpotensi berlanjutan kepada pertarungan mandat rakyat.

Kesan Pemecatan ADUN PAS

Untuk rekod, PAS sebelum ini mempunyai sembilan wakil rakyat di Perlis, namun tiga ADUN – Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) – ditamatkan keahlian parti selepas didakwa menarik sokongan terhadap Shukri Ramli.

Tindakan lapan ADUN, termasuk tiga bekas wakil PAS, menarik sokongan terhadap Shukri menjadi antara faktor utama yang membawa kepada peletakan jawatan Menteri Besar itu, meskipun beliau menyatakan keputusan tersebut dibuat atas faktor kesihatan.

Istana Jadi Penentu

Dengan Bersatu dan PAS masing-masing telah mengemukakan senarai calon, tumpuan kini terarah kepada keputusan Istana dalam menentukan siapakah yang mendapat kepercayaan untuk membentuk kerajaan negeri seterusnya.

Sebelum ini, Bersatu dilaporkan mencalonkan Abu Bakar Hamzah (Kuala Perlis), Megat Hashirat Hassan (Pauh) dan Izizam Ibrahim (Titi Tinggi).

Persoalan besar kini: siapa yang bakal dipilih dan adakah krisis ini berakhir di meja istana, atau berlanjutan ke peti undi?