Bekas penerbit, wartawan Nas Ahmad meninggal dunia

BEKAS penerbit dan wartawan TV3, Nas Ahmad atau Md Nasir Ahmad meninggal dunia pagi ini di Hospital Sungai Buloh pada usia 63 tahun.
Menurut kenyataan menantunya, Allahyarham dimasukkan ke pusat perubatan itu semalam akibat kekurangan oksigen.
Bekas wartawan program hiburan Melodi iaitu Nas Ahmad disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.49 pagi hari ini.
Khabar duka itu disahkan oleh menantunya dikenali sebagai Farhana yang memaklumkan bapa mentuanya dikejarkan ke hospital berkenaan pada Rabu selepas mengalami kekurangan oksigen.
“30 April arwah dibawa ke hospital kerana kekurangan oksigen dan mendapatkan rawatan di zon merah.
“Dalam masa sehari dia bergantung kepada oksigen dan kami menerima panggilan doktor pagi tadi.
“Sekarang ini kami sekeluarga berada di hospital dan jenazah masih di unit forensik,” katanya memetik laporan mStar.
Sementara itu, Farhana memaklumkan pihak keluarga masih belum membuat keputusan lokasi Allahyarham akan dikebumikan.
Selain menggalas tanggungjawab sebagai wartawan dan penerbit Melodi, Nas Ahmad merupakan penulis hiburan popular tahun 80-an kerana menjadi wartawan sambilan dengan menulis kisah-kisah artis di negeri Johor dalam majalah URTV terbitan Utusan.
Untuk rekod, Allahyarham sebelum ini menderita masalah jantung sejak Januari 2023.
MADANI NEWS
KRITIS | INTEGRITI | RELEVAN
Ikuti media sosial kami di https://linktr.ee/madaninews