artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Tierney jadi wira, Harimau Malaya tumbangkan Vietnam selepas 12 tahun menanti!

Tierney jadi wira, Harimau Malaya tumbangkan Vietnam selepas 12 tahun menanti!

FERGUS Tierney muncul wira Harimau Malaya apabila jaringan sensasinya pada separuh masa kedua membantu Malaysia menundukkan Vietnam 1-0 dalam penentuan tempat ketiga Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), di sini, sebentar tadi.

Kemenangan itu bukan sekadar menghadiahkan tempat ketiga buat skuad Harimau Malaya, malah menjadi penutup manis kempen Malaysia yang berlangsung tanpa kekalahan dan tanpa bolos dalam empat perlawanan.

Lebih istimewa, kemenangan itu turut menamatkan penantian 12 tahun Malaysia untuk menewaskan Vietnam, selepas kali terakhir melakukannya pada Piala AFF 2014 di bawah kendalian Datuk Dollah Salleh.

Biarpun turun tanpa tonggak pertahanan Brad Tapp dan Dion Cools, selain Arif Aiman Hanapi yang hanya berada di bangku simpanan, pengendali sementara Tan Cheng Hoe berani mempertaruhkan Ubaidullah Shamsul, Harith Haiqal Adam Afkar dan Daniel Ting di benteng pertahanan.

Percaturan itu ternyata berhasil apabila Malaysia berjaya mengekang asakan Vietnam, terutama ancaman Williams Minh Hoang yang beberapa kali menguji gawang Harimau Malaya.

Williams hampir mengejutkan Malaysia seawal minit ketiga, namun percubaannya tersasar sebelum sekali lagi mengancam enam minit kemudian selepas Quentin Cheng melakukan kesilapan.

Syihan Hazmi bagaimanapun bertindak cemerlang menafikan rembatan Williams untuk memastikan gawang Malaysia terus kebal.

Harimau Malaya kemudian mula mengatur serangan dan hampir membuka jaringan pada minit ke-35 menerusi rembatan kencang Bergson da Silva dari luar kotak penalti, namun penjaga gol Vietnam, Patrik Le Giang, tangkas menepis bola.

Tiga minit kemudian, Bergson sekali lagi hampir memecah kebuntuan tetapi percubaannya kembali dinafikan Patrik.

Vietnam pula mendapat peluang terbaik pada minit ke-42 apabila Quentin Cheng melakukan kekasaran, namun sepakan percuma Nguyen Hai Long mudah ditangkap Syihan.

Memasuki babak kedua, Cheng Hoe melakukan perubahan awal dengan mengeluarkan Quentin Cheng dan memasukkan Syahmi Safari.

Malaysia terus memberikan tekanan dan hampir mendahului menerusi Bergson pada minit ke-59, tetapi rembatannya tersasar tipis.

Cheng Hoe kemudian membuat pertukaran yang akhirnya menjadi titik perubahan perlawanan apabila memasukkan Fergus Tierney dan Syahir Bashah bagi menggantikan Bergson serta Shio Hong Wan.

Hanya dua minit kemudian, percaturan itu membuahkan hasil.

Tierney tampil sebagai ‘super-sub’ apabila melepaskan rembatan dari luar kotak penalti yang menewaskan Patrik untuk meletakkan Malaysia di depan 1-0 pada minit ke-61.

Vietnam yang tersentak dengan jaringan itu kemudian meningkatkan tekanan bagi mencari gol penyamaan.

Drama tercetus pada minit ke-74 apabila pengadil dari Korea Selatan, Ko Hyung-jin, menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam selepas Le Van Do dijatuhkan dalam kotak penalti.

Namun, selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR), keputusan itu dibatalkan sekali gus melegakan kem Harimau Malaya.

Cheng Hoe selepas itu memperkemaskan benteng dengan memasukkan G Pavithran menggantikan Harith Haiqal, manakala Paulo Josue mengambil tempat Manuel Hidalgo.

Vietnam terus menyerang habis-habisan pada minit-minit akhir, termasuk percubaan padu Nguyen Dinh Bac dari luar kotak penalti ketika permainan berbaki dua minit.

Namun, Haziq tampil cemerlang menafikan percubaan itu sebelum benteng Malaysia bertahan kental sehingga wisel penamat.

Kemenangan 1-0 itu memastikan Harimau Malaya menamatkan kempen Piala ASEAN FIFA 2026 di tempat ketiga, dengan rekod empat perlawanan tanpa kalah dan tanpa bolos.

Malaysia juga boleh pulang dengan kepala tegak selepas terlepas peluang ke final, manakala Indonesia dijadual berdepan Thailand dalam aksi penentuan kejuaraan di venue sama malam ini.

Kejayaan menewaskan Vietnam turut membawa nilai sentimental buat Harimau Malaya selepas kali terakhir kemenangan ke atas skuad Naga Emas dicatat pada 2014.

Malaysia sebenarnya pernah menewaskan Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 pada Jun tahun lalu. Bagaimanapun, keputusan itu kemudian dibatalkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang memberikan kemenangan 3-0 kepada Vietnam susulan isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain Harimau Malaya.