artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

FIFA ASEAN Cup : Malaysia belasah Singapura 6-0 tetapi gagal ke final

FIFA ASEAN Cup : Malaysia belasah Singapura 6-0 tetapi gagal ke final

MALAYSIA membaham Singapura 6-0 dalam perlawanan terakhir kumpulan A tetapi gagal ke final kerana Indonesia berjaya membelasah Bangladesh 9-2 dalam perlawanan penentuan kumpulan malam ini yang memberikan kelebihan kepada negara tersebut dengan kelebihan jaringan gol.

Dalam perlawanan yang penuh mendebarkan malam ini, Singapura bernasib malang apabila pengadil, Kim Jong-hyeok memberi sepakan penalti kepada Harimau Malaya seawal perlawanan bermula. Ini selepas VAR mengesan kekasaran yang dilakukan pemain Singapura terhadap Fergus Tierney.

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva tenang menewaskan Izwan Mahbud untuk gol pertama kem negara pada minit kelapan.

Tersentak, The Lions yang dibimbing Gavin Lee cuba bangkit mencari gol penyamaan. Malangnya, gawang Izwan dibolosi buat kali kedua pada minit ke-26.

Selepas berjaya melepasi benteng Singapura, Manuel Hidalgo menghantar bola yang mudah disudahkan Stuart Wilkin melepasi penjaga gol Young Lions itu.

Singapura berusaha mencari gol tetapi keputusan 2-0 kekal sehingga rehat separuh masa.

Bersambung selepas rehat, Singapura berusaha mencari peluang untuk merobek gawang negara yang dikawal Syihan Hazmi Mohamed tetapi tidak berhasil.

Situasi ini mendorong Lee memasukkan Jacob Mahler dan Farhan Zulkifli untuk mengubah momentum perlawanan. Malangnya, gawang Singapura bocor lagi buat kali ketiga menerusi Bergson pada minit ke-62.

Kelebihan gol yang selesa membolehkan Cheng Hoe memberi penampilan pertama kepada pemain tengah JDT, Hong Wan. Pemilik nama Nathaniel Shio Hong Wan itu masuk menggantikan Stuart pada minit ke-75.

The Lions makin derita apabila pemain gantian, Paulo Josue melepaskan rembatan deras yang menewaskan Izwan pada minit ke-76.

Malaysia meneruskan kecemerlangan apabila pemain gantian, Syahir Bashah meledakkan gol kelima pada minit ke-87. Bergson melengkapkan malam gemilang Harimau Malaya dengan hatrik pada minit akhir perlawanan.

Walaupun menang besar tetapi perbezaan jumlah gol dengan Indonesia menyebabkan Harimau Malaya terpaksa berpuas hati dengan kedudukan naib juara Kumpulan dan akan menentang Vietnam untuk menentukan termpat ketiga.