artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

PRN Johor: Onn Hafiz berhadapan Nor Hafiz Roslan di DUN Machap

PRN Johor: Onn Hafiz berhadapan Nor Hafiz Roslan di DUN Machap
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Onn Hafiz Ghazi (kiri) bersalaman bersama calon Pakatan Harapan (PH) Nor Hafiz Roslan selepas pengumuman pencalonan di pusat penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap di Dewan Muafakat, Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam. -- fotoBERNAMA

MENTERI Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi bakal berhadapan dengan seorang lagi “Hafiz” dalam persaingan untuk mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Penyandang DUN Machap itu yang juga merupakan Pengerusi BN Negeri akan ditentang calon Pakatan Harapan (PH) Nor Hafiz Roslan dalam persaingan satu lawan satu di kerusi tumpuan tersebut.

Onn Hafiz berkata beliau akan berjuang berhabis-habisan sepanjang tempoh berkempen selama dua minggu ini bagi meraih sokongan optimum daripada pengundi di DUN tersebut.

“Dalam keadaan pilihan raya ini, anything can happen (apa-apa boleh berlaku). Jadi kita akan berjuang habis-habisan untuk mendapatkan undi daripada rakyat, Insya-Allah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam, di sini, hari ini.  

Terdahulu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Izzul Helmi Ahmad mengumumkan DUN Machap menyaksikan pertembungan satu lawan satu, selepas calon PH Nor Hafiz Roslan menyerahkan borang penamaan calon pada 9.03 pagi manakala Onn Hafiz menyerahkan borang penamaan tiga minit kemudiaan.

Onn Hafiz turut menzahirkan kesyukuran atas kelancaran proses penamaan calon di DUN terbabit serta di 55 DUN lain di seluruh negeri.

“Alhamdulillah dari segi pencalonan pada hari ini berjalan dengan baik dan lancar. Dan saya dapat maklumat setakat ini keadaan di 55 DUN yang lain pun berjalan dengan baik dan lancar.

“Dan kita doakan perjalanan dua minggu yang mendatang juga akan berada dalam keadaan baik dan lancar, Insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Nor Hafiz melahirkan rasa syukur kerana dapat berhadapan secara rasmi dengan calon BN serta Menteri Besar Johor sambil menegaskan PH akan tampil dengan kesungguhan serta iltizam tinggi untuk memenangi kerusi DUN Machap.

Beliau berkata pakatan itu akan membentangkan manifesto khusus demi kemajuan kawasan berkenaan untuk membantu melonjakkan pembangunan Johor di bawah gagasan ‘Johor MADANI’.

“Apabila saya dimandatkan oleh PH untuk bertanding di DUN Machap, kita datang dengan satu kesungguhan, keazaman, keyakinan, iltizam yang tinggi bahawa kita masuk adalah untuk memenangi DUN ini.

“Kenapa? Kerana kita faham dan yakin dan percaya tawaran kita kepada harapan baru Machap ini adalah lebih baik dan kita juga sangat yakin sokongan daripada rakyat,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN Johor ke-16 pada 11 Julai depan, manakala tarikh pengundian awal ialah pada 7 Julai.

— BERNAMA