artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

PH bidas PAS tiada pendirian arah ahli sokong BN

PH bidas PAS tiada pendirian arah ahli sokong BN
Aminolhuda Hassan (kanan) dan Tuan Ibrahim Tuan Man

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan membidas PAS tiada pendirian apabila mengarahkan ahlinya mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kerusi tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada PRN Johor.

Ketua PH Johor, Aminolhuda Hassan, mendakwa pendirian itu bercanggah naratif PAS yang sebelum ini melabelkan kerjasama kerajaan persekutuan membabitkan Umno dan DAP sebagai ‘UmDAP’.

Katanya, arahan terbaru PAS membuktikan ia sanggup mengetepikan pendirian yang pernah dijadikan modal politik.

“Pada awal pembentukan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim, pimpinan PAS menuduh Umno sebagai ‘UmDAP’. Tetapi hari ini mereka pula mengarahkan ahli PAS mengundi calon Umno yang sebelum ini mereka sendiri gelar sebagai UmDAP,” katanya memetik laporan FMT.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata arahan itu dikeluarkan bagi memastikan sokongan kepada Umno-BN di kerusi tidak mempunyai calon daripada PN.

Katanya, arahan itu sudah dimaklumkan ke peringkat akar umbi dan menegaskan supaya tidak mengundi PH.

Sementara itu, Aminolhuda berkata rakyat Johor tidak lupa pengalaman pentadbiran kerajaan yang dibentuk menerusi apa yang disifatkannya sebagai ‘kerajaan tebuk atap’, membabitkan PAS, Bersatu dan Umno pada 2020 yang dibuat atas dasar kepentingan kelompok bukan untuk kebaikan rakyat.

Katanya, kerajaan itu hanya mampu bertahan selama 33 bulan meskipun diterajui dua perdana menteri daripada gabungan berkenaan.

“Ini jelas menunjukkan gabungan tersebut ketika itu lebih berminat membentuk kerajaan atas dasar kepentingan kelompok masing-masing, bukannya untuk berbakti dan berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Aminolhuda mendakwa BN Johor tidak berlaku jujur kepada pengundi berhubung pendekatan menghadapi PRN.

Dakwanya, BN sebelum ini mengumumkan akan bertanding secara solo dan tidak akan bergabung bagi membentuk kerajaan negeri dengan mana-mana pihak, namun mengambil pendekatan berbeza selepas melihat sambutan terhadap program PH.

“Umno-BN bawah kepimpinan Onn Hafiz Ghazi di Johor tidak jujur dan menipu rakyat Johor apabila mengumumkan BN akan bertanding solo.

“Bagaimanapun, apabila mereka melihat gelombang sokongan rakyat terhadap program-program anjuran PH, mereka didakwa mengadakan pakatan sulit bersama PAS dan Wawasan, iaitu parti serpihan Bersatu,” dakwanya. – AGENSI