artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Pengendali media sosial gagal pastikan penglibatan kanak-kanak bawah umur boleh didenda RM1 juta – Fahmi

Pengendali media sosial gagal pastikan penglibatan kanak-kanak bawah umur boleh didenda RM1 juta – Fahmi

PENGENDALI platform media sosial boleh berdepan hukuman denda sehingga RM1 juta sekiranya gagal melaksanakan mekanisme pengesahan umur bagi menyekat golongan kanak-kanak bawah 16 tahun daripada memiliki akaun.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, tindakan tegas itu termaktub di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) yang mewajibkan semua penyedia platform memastikan golongan berkenaan tidak mengendalikan akaun media sosial.

“Sekiranya pihak syarikat paltform media sosial gagal untuk mematuhI mereka boleh dikenakan tindakan atas kesalahan kegagalan mematuhi peraturan.

“Apabila disabitkan di mahkamah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1juta serta denda tidak lebih RM100,000 setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Syahredzan Johan (PH-Bangi) yang meminta menteri itu menyatakan tindakan kerajaan terhadap penyedia perkhidmatan berlesen yang gagal melaksanakan pengesahan umur bagi akaun media sosial.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata kementeriannya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana penyedia perkhidmatan aplikasi berlesen yang culas dalam menunaikan kewajipan mereka.

Katanya, sekiranya berlaku pelanggaran syarat di bawah Bahagian 3 akta yang sama, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) boleh mengeluarkan notis ketidakpatuhan kepada pihak syarikat.

“Di bawah Seksyen 39 Akta 866, pemberi perkhidmatan berlesen yang gagal mematuhi mana-mana kewajipan Bahagian 3 boleh dikenakan penalti kewangan tidak melebihi RM10 juta.

“Bagaimanapun, syarikat terlibat boleh membayar penalti yang ditetapkan atau memohon kepada MCMC bagi tujuan kajian semula melalui representasi,” katanya lagi.

Pada Nov tahun lalu, Fahmi berkata bahawa kanak-kanak Malaysia berusia bawah 16 tahun tidak lagi dibenarkan mendaftar akaun media sosial mulai tahun ini sebagai antara usaha kerajaan memperkukuh keselamatan dalam talian untuk golongan bawah umur.

Fahmi juga berkata salah satu mekanisme yang sedang dipertimbangkan ialah mewajibkan platform media sosial melaksanakan pengesahan eKYC yang melibatkan dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan kerajaan seperti MyKad, pasport dan MyDigital ID. – AGENSI