artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

MyWATCH gesa kerajaan haramkan vape sepenuhnya, kecewa KKM rayu keputusan Mahkamah Tinggi

MyWATCH gesa kerajaan haramkan vape sepenuhnya, kecewa KKM rayu keputusan Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) melahirkan kekecewaan mendalam terhadap keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan pengecualian nikotin cecair dan gel daripada Akta Racun sebagai tidak sah di sisi undang-undang.

Presidennya, Puan Roslizawati Ali, berkata keputusan mahkamah itu sepatutnya menjadi peluang terbaik untuk kerajaan memperbetulkan kesilapan dasar, memulihkan keyakinan rakyat dan meletakkan kesihatan awam sebagai keutamaan.

Sebaliknya, katanya, tindakan KKM mencabar keputusan tersebut menimbulkan persoalan sama ada kementerian itu lebih cenderung melindungi kepentingan industri vape berbanding kesihatan rakyat, khususnya golongan muda.

“Persoalan utama yang perlu dijawab ialah siapa sebenarnya yang sedang dilindungi oleh Kementerian Kesihatan?

“Tanggungjawab utama kementerian adalah melindungi kesihatan rakyat, bukannya menjaga hasil cukai daripada produk yang menyebabkan ketagihan atau melindungi kepentingan komersial industri tertentu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut MyWATCH, pengecualian nikotin cecair daripada Akta Racun pada tahun 2023 telah membuka ruang kepada pertumbuhan pesat industri vape dan rokok elektronik di negara ini.

Sejak itu, Malaysia menyaksikan peningkatan kes ketagihan nikotin dalam kalangan pelajar sekolah, pertambahan penggunaan vape oleh remaja serta kebimbangan berterusan terhadap penggunaan bahan berbahaya dalam peranti vape.

“Ini bukan lagi sekadar isu kawal selia. Ia telah menjadi satu darurat kesihatan awam,” tegas Roslizawati.

Beliau berkata trend global kini menunjukkan semakin banyak kerajaan mengiktiraf bahawa produk vape telah melahirkan generasi baharu yang bergantung kepada nikotin.

Menurutnya, walaupun vape pada asalnya dipromosikan sebagai alat membantu perokok berhenti merokok, industri tersebut kini berkembang menjadi perniagaan bernilai tinggi yang menyasarkan golongan muda melalui perisa menarik, pembungkusan berwarna-warni, pemasaran media sosial dan penjenamaan gaya hidup.

Sehubungan itu, MyWATCH berpandangan pendekatan kawal selia secara berperingkat tidak lagi mencukupi untuk menangani masalah tersebut.

Katanya, cabaran penguatkuasaan, jualan dalam talian, manipulasi produk dan akses mudah oleh golongan muda menjadikan perlindungan terhadap kanak-kanak dan remaja semakin sukar dicapai.

MyWATCH turut mengulangi gesaannya supaya kerajaan melaksanakan larangan menyeluruh terhadap semua produk vape dan rokok elektronik untuk tujuan rekreasi, termasuk penjualan peranti vape, cecair nikotin, produk vape tanpa nikotin, pemasaran serta jualan dalam talian, selain promosi, penajaan dan pengiklanan produk berkenaan.

“Malaysia tidak sepatutnya menjadi medan ujian kepada industri yang mengaut keuntungan daripada ketagihan.

“Kementerian Kesihatan seharusnya mengetuai usaha membanteras ketagihan nikotin, bukannya mempertahankan keputusan yang memudahkan akses kepada produk yang menyebabkan ketagihan,” katanya.

MyWATCH turut menggesa kerajaan menerima keputusan Mahkamah Tinggi, memperkukuhkan penguatkuasaan terhadap jualan nikotin secara haram, memperluaskan perkhidmatan berhenti merokok dan vape serta meletakkan masa depan kanak-kanak Malaysia mengatasi kepentingan industri.

“Kami mengharapkan kepimpinan yang berani daripada Kementerian Kesihatan. Lebih penting, kami mengharapkan kementerian berdiri teguh bersama keluarga Malaysia yang semakin bimbang dengan wabak penggunaan vape dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

“Rayuan itu wajar ditarik balik dan fokus perlu diberikan kepada usaha menamatkan epidemik vape yang semakin membimbangkan,” katanya. – MADANI NEWS