Perhimpunan Bersatu kecoh, perwakilan berbalas laungan ketika Muhyiddin sampaikan ucapan | Madani News

Perhimpunan Bersatu kecoh, perwakilan berbalas laungan ketika Muhyiddin sampaikan ucapan

Perhimpunan Bersatu kecoh, perwakilan berbalas laungan ketika Muhyiddin sampaikan ucapan

PERHIMPUNAN Agung Tahunan (PAT) Bersatu malam tadi bertukar kecoh ketika Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang menyampaikan ucapan.

Kekecohan tercetus apabila Muhyiddin membangkitkan dakwaan kononnya ada usaha mengutip tandatangan untuk menjatuhkan beliau daripada jawatan presiden.

“Katanya ada orang kutip tandatangan untuk jatuhkan presiden. Ini tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan parti,” tegasnya di hadapan perwakilan.

Kenyataan itu disambut dengan laungan “Turun Tan Sri” oleh sebahagian hadirin, sekali gus mencetuskan reaksi balas daripada penyokong Muhyiddin yang melaungkan “Hidup Tan Sri”.

Suasana panas berlarutan sehingga petugas terpaksa campur tangan bagi menenangkan keadaan. Malah, ucapan Pengerusi Tetap, Mohd Suhaimi Abdullah untuk meredakan ketegangan juga tidak diendahkan perwakilan.

Dalam sidang media selepas majlis, Muhyiddin menegaskan beliau tidak begitu menyedari kekecohan yang berlaku kerana sedang menumpukan perhatian pada ucapan penutupnya.

“Saya tak jelas apa berlaku… Alhamdulillah tak ada huru-hara. Pihak kita akan dapatkan laporan daripada pegawai sama ada melibatkan perwakilan atau bukan,” katanya ringkas. – MADANI NEWS