Sah! Rasionalisasi RON95 akan dilaksanakan tidak lama lagi.., golongan layak dapat subsidi dikenal pasti - Menteri Kewangan II | Madani News

Sah! Rasionalisasi RON95 akan dilaksanakan tidak lama lagi.., golongan layak dapat subsidi dikenal pasti – Menteri Kewangan II

Sah! Rasionalisasi RON95 akan dilaksanakan tidak lama lagi.., golongan layak dapat subsidi dikenal pasti – Menteri Kewangan II
RASIONALISASI minyak petrol RON95 akan dilaksanakan bila-bila masa selepas Jun ini.

RASIONALISASI subsidi RON95 akan dilaksanakan pada separuh kedua 2025, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata Kementerian Kewangan (MoF) akan meneruskan proses pelaksanaan rasionalisasi RON95, namun pada ketika ini fokus tertumpu kepada perbincangan bagi memastikan golongan yang akan menerima sokongan subsidi dikenal pasti dengan tepat.

“MoF akan terus dalam proses untuk pelaksanaan rationalisasi subsidi, tetapi buat masa sekarang, yang pentingnya kita harus memastikan tahap mereka yang akan mendapat sokongan subsidi.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kabinet berbincang mengenai pengecualian rakyat Malaysia yang mana akan layak untuk dapat subsidi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Akauntan Antarabangsa 2025 Institut Akauntan Malaysia (MIA) di Kuala Lumpur hari ini.

– BERNAMA