Pemimpin muda berpotensi menjadi Perdana Menteri ke-11

KENYATAAN yang tiada calon layak untuk menjadi Perdana Menteri ke-11, selain Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh veteran UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz baru-baru ini sememangnya menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan rakyat dan pemimpin politik negara.
Walaupun disokong kuat oleh pemimpin dari kalangan parti Pakatan Harapan, pemimpim pembangkang dari PAS dan Bersatu, termasuk pemimpin muda UMNO menanggap pandangan itu sebagai memandang rendah pemimpin sedia ada, terutama pemimpin muda yang layak menerajui negara selepas ini.
Dalam perkembangan politik Malaysia, beberapa pemimpin muda berpotensi menjadi Perdana Menteri ke-11, termasuk dari PAS. MadaniNews menyenaraikan sebahagian daripadanya:
Pakatan Harapan (PH)
- Rafizi Ramli (PKR) – Timbalan Presiden PKR dan Menteri Ekonomi. Mempunyai rekod cemerlang dalam memperkenalkan dasar ekonomi dan politik progresif.
- Fahmi Fadzil (PKR) – Menteri Komunikasi dan Digital yang diberi peranan besar dalam mengatur strategi komunikasi kerajaan.
- Datuk Seri Amirudin Shari (PKR) – Menteri Besar Selangor, antara pemimpin muda dalam PKR yang menunjukkan kepimpinan kukuh.
Perikatan Nasional (PN)
- Datuk Dr. Radzi Jidin (Bersatu) – Bekas Menteri Pendidikan yang aktif dalam pembangkang.
- Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Bersatu) – Ahli Parlimen Machang dan pemimpin Armada (sayap pemuda Bersatu), sering lantang dalam isu nasional.
PAS
- Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar – Menteri Besar Terengganu yang terkenal dengan pendekatan teknokratik, rekod kepimpinan kukuh, dan hubungan baik dalam Perikatan Nasional.
- Ahmad Fadhli Shaari – Ketua Pemuda PAS dan Ahli Parlimen Pasir Mas, mempunyai pengaruh besar dalam gerakan anak muda Islam.
- Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor – Menteri Besar Kedah yang semakin menonjol dalam politik nasional, terkenal dengan gaya kepimpinan berani.
UMNO & Bebas
- Khairy Jamaluddin – Bekas Menteri Kesihatan, pemimpin muda paling berkarisma yang kini bergerak bebas tetapi masih berpotensi kembali ke politik.
- Datuk Asyraf Wajdi Dusuki (UMNO) – Bekas Ketua Pemuda UMNO yang kini menjadi Pengerusi MARA, mempunyai pengalaman dalam politik Islam dan ekonomi.
Mereka ini adalah antara calon yang mempunyai kelayakan dan pengalaman untuk menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti, bergantung kepada perkembangan politik semasa dan sokongan rakyat.
Siapa pilihan anda?
KRITIS | INTEGRITI | RELEVAN
Ikuti media sosial kami di https://linktr.ee/madaninews