artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Malaysia sedia jadi tuan rumah Sukan SEA 2027, portal rasmi dilancarkan

Malaysia sedia jadi tuan rumah Sukan SEA 2027, portal rasmi dilancarkan
Pelancaran portal rasmi Sukan SEA 2027 disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari di Media Corner Sekretariat Malaysia SEA Games Organising Committee (MASOC 2027), Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini. - Gambar MSN

KUALA LUMPUR – Malaysia terus mempergiat persiapan menjelang penganjuran Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 pada 2027 menerusi pelancaran portal rasmi temasya yang bakal menjadi pusat rujukan digital kepada atlet, kontinjen, media dan orang ramai.

Portal rasmi menerusi laman web www.seagamesmalaysia2027.org itu dilancarkan Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari, dalam satu majlis di Media Corner Sekretariat Malaysia SEA Games Organising Committee (MASOC 2027), Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini.

Dr. Mohammed Taufiq Johari

Pelancaran berkenaan merupakan sebahagian daripada strategi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui MASOC 2027 untuk memastikan penyampaian maklumat berkaitan temasya dapat dilakukan dengan lebih pantas, tersusun dan mudah diakses.

Dr. Mohammed Taufiq berkata, akses kepada maklumat yang tepat dan terkini amat penting bagi memastikan masyarakat dapat mengikuti perkembangan persiapan negara menjelang penganjuran dua temasya sukan terbesar di rantau ASEAN itu.

Beliau menegaskan, Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027 bukan sekadar temasya yang membabitkan atlet, sebaliknya merupakan acara yang perlu diraikan dan disokong oleh seluruh rakyat Malaysia.

Menurutnya, penganjuran kedua-dua temasya itu juga perlu melangkaui aspek pencapaian pingat dengan menjadi platform menyatukan masyarakat, menyemarakkan semangat kesukanan serta memperkukuh hubungan antara negara ASEAN.

Malah, Malaysia perlu memastikan penganjuran berkenaan meninggalkan legasi positif bukan sahaja dalam pembangunan sukan, tetapi turut memberi impak kepada sektor ekonomi, pelancongan dan pembangunan belia.

Portal rasmi itu akan berfungsi sebagai pusat rujukan digital sepanjang perjalanan penganjuran temasya, bermula daripada fasa persiapan, ketika pertandingan berlangsung sehinggalah selepas acara berakhir.

Pada peringkat awal, laman web berkenaan akan memaparkan maklumat asas temasya, perkembangan persiapan, pengumuman rasmi serta pelbagai kandungan informatif untuk rujukan orang ramai.

Fungsinya akan dipertingkatkan secara berperingkat menjelang temasya, termasuk penyediaan jadual pertandingan, lokasi venue, maklumat penyertaan kontinjen, keputusan rasmi, berita semasa serta hebahan berkaitan sukarelawan.

Selain menjadi saluran komunikasi rasmi, portal itu turut berperanan sebagai platform dokumentasi bagi merekodkan perjalanan dan pencapaian penganjuran Sukan SEA 2027 untuk rujukan pada masa hadapan.

MASOC 2027 berkata, inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen pihak penganjur dalam memanfaatkan teknologi digital bagi meningkatkan kecekapan komunikasi serta ketelusan penyampaian maklumat kepada semua pihak berkepentingan.

Platform itu juga dijangka memperluas capaian maklumat kepada masyarakat di dalam dan luar negara, sekali gus membantu memperkukuh imej Malaysia sebagai tuan rumah temasya sukan peringkat serantau.

Orang ramai, peminat sukan dan semua pihak berkepentingan boleh melayari www.seagamesmalaysia2027.org untuk mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini mengenai persiapan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027. – MADANI NEWS