artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Pemandu e-hailing rayu hak tubuh kesatuan sekerja setelah ditolak kerajaan

Pemandu e-hailing rayu hak tubuh kesatuan sekerja setelah ditolak kerajaan

NUEW mahu keputusan penolakan pendaftaran diketepikan, sedia bawa kes ke Mahkamah Tinggi jika rayuan gagal

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Protem National Union of E-Hailing and Allied Industries Workers of Peninsular Malaysia (NUEW) merayu kepada Menteri Sumber Manusia supaya mengetepikan keputusan menolak permohonan pendaftaran kesatuan sekerja bagi memperjuangkan hak dan kebajikan pemandu e-hailing.

Presidennya, Zulkifli Othman, berkata pihaknya mengemukakan rayuan pada 14 Oktober lalu selepas permohonan pendaftaran kesatuan itu ditolak oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja melalui surat bertarikh 26 Ogos 2026.

Menurutnya, keputusan penolakan itu diterima melalui e-mel pada 17 September sebelum surat berkenaan diterima secara fizikal pada 19 September lalu.

Beliau berkata NUEW memohon supaya Menteri Sumber Manusia membenarkan rayuan berkenaan, mengetepikan keputusan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dan mengarahkan pendaftaran kesatuan itu diluluskan.

“Kami ialah pekerja yang berhak mendapatkan perwakilan melalui kesatuan sekerja. Kami tidak menerima pengelasan sebagai kontraktor bebas atau pekerja gig yang menjalankan perniagaan secara bebas,” menurut kenyataan media NUEW sempena pengenalan inisiatif penubuhan kesatuan itu, hari ini.

NUEW mendakwa penolakan permohonan berkenaan berpunca daripada pendirian jabatan bahawa pemandu e-hailing tidak memenuhi takrif pekerja di bawah Seksyen 2 Akta Kesatuan Sekerja 1959 kerana hubungan mereka dengan syarikat platform berasaskan perjanjian perkhidmatan gig, bukannya kontrak pekerjaan.

Menurut kenyataan itu, jabatan turut berpandangan pemandu berkenaan tidak memenuhi syarat keanggotaan kesatuan di bawah Seksyen 26(1A), selain menyimpulkan permohonan berkenaan tidak lengkap dan tidak teratur sebelum menolaknya dengan merujuk Seksyen 12(3)(d) akta sama.

Bagaimanapun, NUEW mempertikaikan asas penolakan itu dengan berhujah bahawa status sebenar pemandu perlu dinilai berdasarkan hubungan pekerjaan dan tahap kawalan syarikat platform, bukannya semata-mata label yang diberikan kepada mereka.

Menurut kesatuan protem itu, platform e-hailing menentukan tambang, menyalurkan tempahan melalui aplikasi, menilai prestasi pemandu serta mempunyai kuasa menggantung atau menamatkan akses mereka kepada pekerjaan.

NUEW berpandangan ciri-ciri berkenaan memerlukan penelitian menyeluruh bagi menentukan sifat sebenar hubungan antara pemandu dengan syarikat platform.

Kesatuan itu turut menegaskan bahawa fleksibiliti waktu bekerja dan kebolehan menggunakan lebih daripada satu platform tidak seharusnya menjadi alasan tunggal untuk menafikan status pekerja seseorang pemandu.

164,000 pemandu berdaftar

NUEW berkata berdasarkan data kerajaan bagi Disember 2025, terdapat kira-kira 164,000 pemandu e-hailing berdaftar di Malaysia.

Kesatuan itu ditubuhkan sebagai usaha mewujudkan saluran perwakilan yang lebih tersusun bagi membolehkan pemandu memperjuangkan pendapatan, terma pekerjaan dan kebajikan mereka melalui mekanisme rundingan kolektif.

Menurutnya, keputusan berkaitan tambang, potongan, syarat penggunaan platform serta penggantungan akaun memberi kesan langsung terhadap mata pencarian pemandu.

NUEW turut menjelaskan bahawa penubuhan persatuan, walaupun membolehkan golongan berkenaan menyuarakan pandangan dan menjaga kebajikan ahli, tidak memberikan kedudukan yang sama seperti kesatuan sekerja dalam mekanisme perundingan kolektif di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Justeru, katanya, pendaftaran sebagai kesatuan sekerja penting bagi membolehkan pemandu mendapatkan akses kepada mekanisme perundingan berkenaan, tertakluk kepada syarat pengiktirafan dan hak perundingan yang ditetapkan undang-undang.

Sedia pertimbang tindakan undang-undang

Dalam perkembangan berkaitan, NUEW berkata pihaknya bersedia mempertimbangkan tindakan undang-undang, termasuk memohon kebenaran memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, sekiranya rayuan kepada Menteri Sumber Manusia ditolak.

Bagaimanapun, kesatuan itu berharap pertikaian berkenaan dapat diselesaikan melalui proses rayuan dan meminta keputusan dibuat dengan segera.

NUEW turut menyatakan kesediaan bertemu Menteri Sumber Manusia dan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja bagi memberikan penjelasan lanjut mengenai keadaan pekerjaan pemandu serta mengemukakan maklumat tambahan jika diperlukan.

Inisiatif penubuhan kesatuan itu turut mendapat bimbingan bekas Ahli Parlimen, Tian Chua, dan bekas Senator yang juga bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud.

Bekas Ahli Parlimen, Sivarasa Rasiah, pula berperanan sebagai penasihat undang-undang kepada jawatankuasa penaja NUEW.

NUEW berkata usaha itu bertujuan memastikan kepentingan pemandu e-hailing mendapat perhatian melalui perwakilan yang berkesan, sekali gus mewujudkan ruang rundingan lebih seimbang antara pekerja dengan syarikat pengendali platform.