artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Anwar tempelak tindakan MB, Exco Negeri Sembilan pertikai kedudukan Raja

Anwar tempelak tindakan MB, Exco Negeri Sembilan pertikai kedudukan Raja

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa institusi utama iaitu institusi raja-raja Melayu perlu terus dipelihara dan dimartabatkan.

Beliau berkata sebarang perbezaan pendapat dan pandangan serta pertelingkahan boleh dikemukakan asalkan melalui saluran yang betul.

Menyentuh mengenai tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim dan barisan Exco Negeri Sembilan kebelakangan ini, beliau menyifatkan tindakan Ismail dan lain-lain merupakan satu kesalahan besar dan tidak boleh diterima sama sekali.

“Dan yang paling saya fikir tidak munasabah ialah Menteri Besar dan Exco yang buat keputusan. Ini langkah biadab, tidak ada tamadun dan saya bantah keras.

“Sejak bila mereka ada mandat nak pertikai kedudukan Raja?,” kata Anwar kepada media Malaysia ketika menaiki kereta api berkelajuan tinggi menuju ke Hangzhou bagi meneruskan lawatan kerja tiga hari, yang bermula semalam.

Perdana Menteri berkata beliau tidak memahami tindakan yang dilakukan oleh Menteri Besar dan Exco berhubung beberapa hal berkaitan institusi raja sehingga menimbulkan polemik di Negeri Sembilan.

“Itu masih boleh kita bincang dan batalkan, tetapi saya tidak boleh fikir seorang pemimpin Melayu boleh bawa usul jatuhkan Raja Melayu. Saya tidak boleh terima sama sekali,” kata beliau ketika mengulas mengenai polemik di Negeri Sembilan.

Semalam, Mesyuarat Khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan memutuskan menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohd Zafir Ibrahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Muzalmah Mustapha Kamal, berkuat kuasa serta-merta.

“Jadi, saya nak tegaskan satu kesalahan besar bagi saya tentang yang mereka lakukan dan Kerajaan Persekutuan, kalau tanya bidang kuasa. Kita tunduk pada Perlembagaan.

“Saudara cemar dan langgar Perlembagaan, kita akan pertahankan. Kalau saya pimpin negara ini, saya nak pastikan Perlembagaan dihormati. Saya nak pastikan jangan ada kebiadapan termasuk mempertikaikan kedudukan raja,” kata Anwar. – BERNAMA