artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Kejohanan Golf Amatur Terbuka Wanita RSGC kembali, sasar penyertaan 60 pemain dalam dan luar negara

Kejohanan Golf Amatur Terbuka Wanita RSGC kembali, sasar penyertaan 60 pemain dalam dan luar negara

KEJOHANAN Golf Amatur Terbuka Wanita RSGC (RSGC Ladies’ Amateur Open Championship) yang menyambut edisi ke-49 tahun ini telah menerima 39 penyertaan daripada sembilan negara setakat ini, dengan penganjur menyasarkan kehadiran sehingga 60 pemain apabila kejohanan berlangsung Ogos ini.

Pengerusi kejohanan, Omar Salim, berkata sasaran itu selari dengan pencapaian tahun lalu yang menyaksikan 58 pemain beraksi di padang The Royal Selangor Golf Club (RSGC).

“Buat masa ini kita sudah menerima 39 penyertaan daripada sembilan negara, dan kita menyasarkan sehingga 60 peserta seperti mana pencapaian tahun lalu yang menyaksikan 58 pemain mengambil bahagian. Ini menunjukkan minat yang berterusan terhadap kejohanan ini di rantau ini,” katanya dalam sidang akhbar di RSGC, Kuala Lumpur hari ini.

Sembilan negara yang mengambil bahagian pada edisi kali ini ialah Australia, Indonesia, Jepun, Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Pendaftaran masih dibuka dan RSGC mengalu-alukan lebih ramai pemain antarabangsa menyertai kejohanan berprestij itu.

Omar turut mendedahkan satu perubahan format hadiah bagi edisi tahun ini berbanding sebelumnya.

“Satu perbezaan ketara tahun ini ialah dari segi struktur hadiah. Berbanding tahun lepas, hadiah pada edisi 2026 hanya disediakan untuk kategori gross bagi acara individu dan berkumpulan sahaja, tanpa hadiah bagi kategori nett. Ini selaras dengan hasrat kami untuk terus meningkatkan tahap persaingan dan memastikan kejohanan ini kekal relevan sebagai platform sebenar bagi pemain amatur menguji kebolehan di peringkat tertinggi,” katanya.

Kejohanan tiga hari itu turut menawarkan mata World Amateur Golf Ranking (WAGR), memberi peluang kepada peserta menguji kebolehan menentang barisan pemain terbaik serantau sambil mengumpul mata ranking dunia.

Juara tahun lalu, Winnie Ng dari Malaysia, meraih kejuaraan itu buat kali kedua selepas kemenangan sulungnya pada 2019 sebelum melangkah ke arena profesional. Juara 2024, Bianca Naomi Amina dari Indonesia pula terus mengukuhkan reputasi apabila menjuarai Medco-Pondok Indah International Amateur Golf Championship.

Kejohanan itu turut pernah melahirkan Mirabel Ting, juara 2023, yang mencipta sejarah sebagai pemain golf amatur wanita Malaysia dengan ranking tertinggi apabila menduduki tangga kedua WAGR sebelum bergelar pemain profesional. Beliau turut menerima ANNIKA Award, anugerah tahunan untuk pemain golf wanita kolej terbaik di Amerika Syarikat.

Menurut Omar, kejohanan itu bukan sekadar pentas pertandingan, sebaliknya landasan penting bagi bakat amatur melangkah ke peringkat lebih tinggi.
“Selama hampir lima dekad, kami konsisten menyediakan medan untuk para pemain berbakat menguji kemampuan menentang jaguh terbaik, membina persahabatan serta memupuk keyakinan untuk bersaing di pentas antarabangsa,” katanya.

RSGC dijangka menyambut Jubli Emas kejohanan itu pada 2027.

Fakta ringkas

KEJOHANAN Golf Amatur Terbuka Wanita RSGC ke-49

  • Tarikh kejohanan: 4-6 Ogos 2026
  • Pusingan latihan: 3 Ogos 2026

Venue

  • The East Course, RSGC, Kuala Lumpur

Tarikh tutup permohonan

  • 12 tengahari – 29 Julai 2026